Tinta Bicara

Sokongan Aku Pada DBP – Isu Perkataan Baru

Dulu aku ada merungut, bukan sekali dua, banyak kali juga. Aku merungut sebab aku rasa DBP ni tak proaktif. Tua-tua ni, aku rasa mungkin aku yang silap, aku yang tak proaktif. Bukan DBP tak buat kerja, tapi hebahannya kurang. Tahun 1990-an, 2000-an, internet baru nak mekar. Aku sendiri tak berapa nak celik IT (sekarang pun apa kurangnya). Membaca hebahan bahasa dan kerja sastera memang taklah.

Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari. Kalau tak tahu erti sesuatu perkataan, Google terus. DBP pun ada cabaran dia nak sesuaikan dan tetapkan maksud/terjemahan perkataan baru yang semakin menular dalam dunia maya. DBP ni ahli dalam bidang dia, buat apa kita nak persoalkan. Kita sendiri pun tulis ikut suka, alih-alih esok lusa ada hati nak nasihat DBP, perbodohkan usaha DBP.

Guna sahaja perkataan baharu yang ditetapkan DBP dan kalau agak tak faham, buat carian di laman sesawang ni;

http://prpm.dbp.gov.my

Laman ni rakan baik aku kalau nak belajar tentang bahasa. Lepas taip sesuatu perkataan, contohnya ‘sesawang’, lihat pada maknanya pada Tesaurus.

Nak lagi faham? Skrol ke bawah dan lihat pada bahagian ‘Khidmat Nasihat’. Ada macam-macam nasihat cara penggunaan perkataan tersebut. Contohnya, perkataan ‘swafoto’. Tahukah anda ‘swa’ itu asalnya daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud sendiri, dan foto memang sudah lama digunakan, jadilah ia swafoto (selfie).

Nasihat aku… jangan tahu merungut sahaja dan memperbodohkan usaha DBP. Dulu ‘swafoto’ pun pelik bunyinya, sekarang tidak lagi. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *