Sejarah Warisan

Seni Bina Atap Lapis Lan Na Di Utara Thailand

Rumah Gadang di Sumatera Barat memang sudah terkenal dengan atapnya yang berlapis-lapis dan hujungnya yang bagaikan tanduk. Di Riau juga ada rumat adat yang atapnya berlapis-lapis, Di Thailand pula, binaan atap yang berlapis ini cukup terkenal di Utara Thailand, cumanya tiada tanduk seperti di Sumbar.

Wat Inthakin

Seni reka Lan Na mempunyai distingtifnya yang tersendiri. Atapnya berbentuk V dan berlapis-lapis pada sudut yang tajam. Tingkap dan pintunya pula kecil, sesuai untuk mereka yang bermigrasi daripada kawasan yang beriklim sejuk.

Wat Si Suphan
Wat Si Suphan

Pada awalnya seni reka Lan Na banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Mon dan Khmer tetapi sejak kebanjiran pendatang dari Selatan China, pengaruh China, Burma dan Laos semakin berkembang.

Apa lagi ciri-ciri seni reka Lan Na?

Secara ringkas, tapak stupanya berbentuk oktagon, pavilionnya berwarna putih yang terang, pintu kayunya pula dihiasi dengan ukiran bunga-bungaan pada panel sebelah atas kepala. Unsur seni reka Burma pula jelas kelihatan pada binaan atapnya yang hiasi dengan logam pada hujungnya.

Wat Chedi Luang

Suatu ketika dahulu terdapat ratusan istana dan rumah tradisional Lan Na di Utara Thailand tetapi kebanyakannya sudah menyembah bumi dek kerana ketidakperihatinan pemerintah setelah Utara Thailand berada di bawah kekuasaan Rattanakosin Bangkok. Itu cerita lama, kini, kerajaan Thailand lebih menitikberatkan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah lama di Utara Thailand ini.

Anjung Seni Idrus Tintin, Pekanbaru, Indonesia
Istana Silindung Bulan, Sumbar, Indonesia
Istana Basa Pagaruyung, Sumbar, Indonesia
Pasar Bawah, Pekanbaru, Indonesia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *