Sejarah Warisan

Signifikasi Prasasti Jaring

Sejak bila nama haiwan seperti Gadjah, Hayam dan Lembu popular dalam sejarah kerajaan kuno Jawa?

Bosan-bosan hujung minggu ni… meh nak update santai-santai pasal sejarah.

Seperti dalam status-status aku sebelum ini, daftar nama raja-raja Jawa dapat ditelusuri kerana ada jumpaan prasasti/piagam yang puluhan jumlahnya, jika tak ratusan.

Hari ni aku nak kongsikan sebuah lagi prasasti yang dikeluarkan oleh raja Kediri yang bernama Sri Gandra, nama raja ni seakan-akan ‘bastard’ King Robert I Baratheon dalam cerita epik Game of Thrones… tapi tu Gendry, bukan Gandra.

Prasasti Jaring yang bertarikh 19 November 1181 (atau tahun saka 1103) ditemui di Kembarangum, Sitojayan, dalam kabupaten Blitar. Kabupaten ni daerah kalau di Malaysia. Prasasti yang beraksara dan berbahasa Jawa kuno ini ada disebut oleh Stamford Raffles dalam History of Java II. Nanti nak kena cari buku ni… Lama dah mengidam… hmmm….

Seperti juga kebanyakan prasasti yang ditemui sebelum ini, Prasasti Jaring adalah sebuah prasasti yang berkisar tentang penganugerahan desa siwa swtantra atau desa perdikan. Biasanya, penduduk kampung yang berbakti kepada raja akan dilepaskan daripada membayar pajak/cukai dan diberi kelebihan-kelebihan lainnya. Anugerah ini dipahat pada prasasti dan diletakkan dalam kampung tersebut.

Jika prasasti ni macam yang lainnya, apa yang unik sangat?

Haa… part ni yang unik! Tahukah kalian yang Hayam pada nama Raja Hayam Wuruk merujuk kepada “ayam”, Gadjah pada Patih Amungkubumi Gadjah Mada merujuk kepada “gajah”, Kebo pada Kebo Anabrang pula merujuk kepada “kerbau”. Nama-nama yang merujuk kepada haiwan ini amat popular dan banyak ditemui dalam catatan-catatan kuno era Majapahit, bermula dari tahun 1293. Banyak lagi nama-nama yang merujuk kepada haiwan seperti Lembu Sora, Maesa Nabrang, Kudo Kudrono, Gadjah Biru, Mahisa Taruna dan banyak lagi. Malah, ‘ayah’ Ken Arok pengasas kerajaan Singosari pun bernama Gadjah Para.

Kalau nak tahu, Prasasti Jaring adalah bukti pertama sumber primer sejarah yang mencatatkan begitu banyak nama “pegawai tinggi kerajaan” yang bertemakan haiwan. Antara nama-nama yang tercatat dalam prasasti ini adalah seperti Macan Kuning, Menjangan (kijang), Lembu Agra dan banyak lagi.

Sri Gandra bukanlah seorang raja Kediri yang terkenal kerana tak banyak tinggalan prasasti atau naskhah kuno yamg menceritakan perihal beliau, tetapi Prasasti Jaring yang dikeluarkan beliau ada kepentingannya dalam pengkisahan sejarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *