Tawarikh Nusantara

CANDI BOROBUDUR DAN POLEMIK SAILENDRA/SANJAYA – BAHAGIAN III

Daftar Raja Mataram Kuno Berdasarkan Dua Prasasti Dipahat Dyah Balitung Bahagian II tempoh hari menceritakan tentang pendapat wujudnya hanya satu dinasti Sailendrawamsa atau Sanjayawamsa dalam kerajaan Mataram Kuno. Sepatutnya penulisan kali ini berkisar tentang pendapat wujudnya dua dinasti yang berbeza seperti mana didokong oleh de Casparis, Cœdes dan lain-lainnya tetapi aku merasakan ada baiknya aku …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

CANDI BOROBUDUR DAN POLEMIK SAILENDRA/SANJAYA – BAHAGIAN II

Carita Parahyangan Dan Hujah Pendokong Teori Boechari Bahagian I yang lalu aku membicarakan tentang polemik besar Sailendra/Sanjaya iaitu sama ada memang terdapat dua dinasti yang saling bertukar kuasa atau hanya ada satu kuasa sahaja. Bahagian II kali ini pula aku ingin menulis dengan lebih lanjut tentang pendapat kedua yang mengatakan dari Raja Sanjaya hinggalah ke …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

CANDI BOROBUDUR DAN POLEMIK SANJAYA/SAILENDRA – BAHAGIAN I

Mataram Kuno: Dua Dinasti Atau Satu Dinasti Hari ni aku menulis benda yang paling aku tak mahu tulis… Sriwijaya dan ceritera Sailendrawamsa. Apabila menelaah tentang sejarah kerajaan Sriwijaya, ada pengkaji yang membelah kerajaan ini dalam 3 fasa, fasa shih-li-fo-shih, fasa sailendrawamsa dan juga fasa san-fo-ts’i. Di antara 3 fasa ini, fasa Sailendralah yang paling polemik …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 11 – Kerajaan Jenggala/Janggala/Ujung Galuh

Kerajaan Jenggala terhasil daripada pembahagian Kerajaan Kahuripan oleh Airlangga pada tahun 1042 Masihi. Seperti yang telah dinukilkan di dalam Tawarikh Nusantara Bahagian 10, Kerajaan Kediri merupakan sebuah lagi kerajaan yang diberikan kepada Sri Samarawijaya (ada yang menamakan Lembu Amisena atau nama lainnya Sri Jayawarsa). Ada catatan yang mengatakan Lembu Amiluhung atau gelarnya Sri Jayantaka menjadi …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 10 – Kerajaan Kediri

Sebelum wujudnya Kerajaan Singosari (Bahagian 7), Bumi Jawa Timur dikuasai oleh Kerajaan Kediri. Ibukotanya ialah Daha (Dahanapura) dan merupakan kota yang penting sehinggalah ke zaman Kerajaan Majapahit. Kerajaan yang nama lainnya Panjalu ini dibina pada tahun 1042 Masihi oleh Prabu Airlangga yang terkenal daripada Kerajaan Kahuripan. Sebenarnya, bukan Prabu Airlangga yang menjadi Raja Kerajaan Kediri …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 9 – Kerajaan Majapahit (Zaman Kejatuhan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk merungkaikan salasilah Kerajaan Majapahit setelah kemangkatan Hayam Wuruk agak sulit sebenarnya kerana Negarakertagama ditulis sehingga tahun 1365 M, manakala Pararaton agak bercelaru penulisannya. Babad Tanah Jawi dan Serat Kanda pula amat diragukan oleh pengkaji sejarah. Hasil daripada perkahwinan antara Hayam Wuruk dan Paduka Sori, lahirlah Kusumawardhani atau Bhre Lasem. Beliau …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 8 – Kerajaan Majapahit (Zaman Kegemilangan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahagian 7 yang lalu diakhiri dengan kisah pembunuhan Kertanegara oleh Jayakatwang dan Raden Wijaya diberi pengampunan lalu dibenarkan untuk meneroka kawasan baru di Wilayah Tarik. Namun cita-cita sebenar Raden Wijaya adalah untuk merampas kembali takhta pemerintahan daripada Jayakatwang. Apabila tentera Dinasti Yuan yang diketuai oleh Ike Mese, Shi Bi dan Gaoxing …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 7 – Kerajaan Singosari

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahagian 7 Tawarikh Nusantara akan berkisar tentang Kerajaan Singosari atau Singhasari yang beribukota di Jawa Timur. Aku ada menyentuh serba sedikit mengenai Kerajaan Singosari ketika membicarakan tentang Kerajaan Dharmasraya (Bahagian 3) dan ekspedisi Pamalayu berserta Arca Amogaphasa yang dihantar oleh Kertanegara kepada Raja Wangsa Mauli di Jambi. Kesinambungan dari itu, aku …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 6 – Kerajaan Pagaruyung

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kerajaan Pagaruyung juga dikenali sebagai Kerajaan Minangkabau. Penulisan kali ini mungkin agak kontroversi kerana aku akan menyentuh sedikit tentang kedatangan Islam di Ranah Minang ini. Seperti yang aku nyatakan di dalam artikel ‘Mengapa Asia Tenggara Dan Mengapa Saya Menulis’, aku ada mengingatkan bahawa sejarah itu ditulis berdasarkan pentakrifan sejarawan itu sendiri. …

Continue Reading
Tawarikh Nusantara

Tawarikh Nusantara: Bahagian 5 – Kerajaan Malayupura

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku mengakhiri Bahagian 3 Tawarikh Nusantara dengan nama Adityawarman sebagai pengasas Kerajaan Malayupura dan seterusnya Kerajaan Pagaruyung. Penulisan kali ini akan berkisar lebih kepada Kerajaan Malayupura dan juga siapakah Adityawarman yang menjadi ikon pelancongan Kota Padang dan Sumatera Barat amnya hari ini. Pendapat yang paling popular ialah Adityawarman ini adalah anak …

Continue Reading