Jogja Dan Aku: Part 6 – Bahagian Akhir (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni adalah hari terakhir aku di Kota Jogja. Tengahari ni aku akan pulang ke Jakarta dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan berkemas. Pak Suratno seperti biasa sudah menanti di bawah.

Gerai hipster menjual kaos atau t-shirt seperti ini memang banyak di Jogja

Sebelum pulang, aku berhasrat nak ke Museum Sonobudoyo yang tak sempat aku lawati hari Jumaat hari tu. Muzium ini terletak berhadapan dengan Alun Alun Kidul. Pagi tu memang aku antara manusia pertama yang sampai. Museum Sonobudoyo ini adalah muzium sejarah dan kebudayaan Jawa. Di dalam muzium ini terdapat banyak koleksi artifak dan replika untuk tontonan dan kajian umum.

Salah satu bahagian dalam Museum Sonobudoyo
Plat menandakan tarikh muzium ini dibuka

Setelah habis aku jelajah muzium ini, Pak Suratno membawa aku pusing-pusing Kota Jogja untuk kali yang terakhir dan sempat jugalah aku membeli Bakpia yang merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa di sini.

Tidak lengkap perjalanan di Jogja tanpa menikmati Bakpia
Kantor Yogyes.com… web yang amat membantu

Atas permintaan, Pak Suratno membawa aku ke pejabat YogYes.com yang telah banyak membantu aku membuat kajian online tentang tempat-tempat menarik untuk aku lawati.

Candi Sambisari yang tidak jauh dari Bandara Adisutjipto

Berdekatan dengan pejabat YogYes.com ini adalah Candi Sambisari yang agak terkenal juga tetapi tak ramai yang datang melawat candi ini. Kecil… tetapi gagah kelihatan Candi Sambisari ini.

Selesai aku di Candi Sambisari, Pak Suratno terus menghantar aku ke Bandara Adisutjipto. Kami pun bersalaman dan berpelukan dan sempat jugalah aku memberi sedikit saguhati untuk Pak Suratno buat bekal pada hari raya nanti.

Aku meninggalkan Daerah Istimewa Yogyakarta ini dengan seribu satu kenangan. Kota Jogja amat bersejarah sekali, terkenal dengan Kebudayaan Jawa yang asli dan batiknya yang bermutu tinggi. Tempat pelancongannya juga begitu menarik sekali terutama sekali Candi Borobudur dan Candi Prambanan.

Namun, hati aku kekal di Jogja hanya kerna Merapi. Ketika aku dan Pak Suratno menikmati keindahan mentari terbenam di Istana Ratu Boko, aku katakan ini pada Pak Suratno…

“Jogja ini… Merapi tuannya…”

Di mataku, ketabahan dan pengorbanan Mbah Maridjan memang tiada taranya. Aku masih ingat lagi di masa aku berpaling dari mendengar cerita Mbah Maridjan… Sedihnya tak tergambar.

Akhir kata…

“AJINING MANUNGSO IKU GUMANTUNG ONO ING… TANGGUNG JAWABE MARANG KEWAJIBANE”

“KEHORMATAN SESEORANG DINILAI DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KEWAJIBANNYA”

Jogja.. Aku kan kembali.. Merapi aku kan kembali… Sehingga kita ketemu lagi…

Jogja Dan Aku: Part 5 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni adalah hari ketiga aku di Bumi Yogyakarta. Kalau hari pertama segalanya berkisar dengan kehebatan candi candinya, hari kedua lebih kepada Kota Jogja itu sendiri dan Kabupaten Bantul yang indah, hari ketiga ini akan lebih kepada wisata alam di Kabupaten Gunung Kidul. Kidul dalam Bahasa Indonesia bermaksud ‘Selatan’, jadinya, Gunung Kidul itu bermaksud Gunung Selatan.

Pemandangan indah perdesaan sepanjang jalan
Selamat Datang ke Gunung Kidul

Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi kerana perjalanan kali ini amat jauh dan Avanza Pak Suratno perlu mendaki beberapa bukit dan gunung untuk sampai ke tempat tujuan.

Bendang teres menuju Gunung Api Purba

Destinasi pertama aku pada hari ini ialah Gunung Api Purba Nglanggeran. Jalan menuju gunung ini kecil tetapi tidak banyak kenderaan yang lalu lalang.

Pemandangan Gunungkidul dari Gunung Bagong

Setelah membayar loket di kaunter, aku pun mula mendaki Gunung Api ini yang terdiri daripada beberapa buah gunung seperti gunung Bagong, Gunung Kelir dan beberapa gunung lagi. Aku ni memang tak fit, tambah pula masa pun tak banyak…

Tinggi lagi wei….

Jadinya aku hanya panjat Gunung Bagong jer dan sempat ke Gardu Pandang 2 sebelum memulakan langkah menuruni gunung ini. View kat atas ini memang cantik walaupun sedikit panas… yea lah… sekarang ni kan musim kemarau.

Semasa pendakian gunung ni aku terserempak dengan seorang wanita yang dah lebih separuh abad. Ceria dia mendaki ditemani dengan seorang penunjuk arah. Katanya dia dari Kota Jogja jer dan dah lama menyimpan hasrat nak mendaki Gunung Api ini. Katanya, dia hairan boleh ketemu orang Malaysia di sini sedangkan orang Jogja sendiri pun tak tentu lagi tahu tentang gunung ini sambil tersenyum sinis.

Belalang atau Walang goreng
Dalam bekas pun ada

Destinasi kedua pagi ini ialah Gua Pindul. Tapi sebelum tu sempat jugalah aku membeli sebalang walang goreng atau belalang goreng. Dalam 20 minit kemudian aku pun sampai ke Gua Pindul.

Wisata air Gua Pindul

Wisata Alam Gua Pindul merupakan gua yang digenangi air sungai… Untuk meneroka gua ini, aku wajib menggunakan pelampung besar sambil ditarik oleh guide yang terlatih. Hari ni memang ramai orang sebab ada satu sekolah ni buat lawatan sambil belajar dan main air…

Tu… beratur dugong nak masuk gua 🙂

Di gua ini jugalah pertama kalinya aku membuat terjunan tiruk dari atas tebing.. Sebenarnya aku 50/50 jer nak lompat.. tapi ada satu makhluk tolak aku dari belakang.. mungkin sebab bosan tunggu aku tak lompat lompat… Oklah.. Aku ni penakut air… Kalau diikutkan sejarah, hubungan aku tak berapa mesra dengan air sungai, air laut ni… hahaha…

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke gugusan pantai yang terdapat di Kabupaten Gunung Kidul ini. Nak pegi semuanya memang taklah, sebab memang banyak dan berselerak pantai-pantai ni.

Aku singgah dulu di Lesehan Pari Gogo dan memesan nasi daging untuk makan malam nanti. Lesehan Pari Gogo ni memang terkenal, sebab tu lah aku beli bungkus bawak balik.

Pantai Siong… Ombak kuat, tak boleh mandi manda

Perjalanan ke Pantai Siong disajikan dengan pemandangan bukit-bukau yang kehitaman seperti arang. Susah untuk melihat bukit-bukau seperti ini di Malaysia. Pantai Siong adalah pantai yang pendek kerana pantai ini bersempadanan dengan bukit-bukau. Airnya jernih dan ombaknya agak kuat.

Pantai Jogan… Pemandangan dari tebing tinggi

Pantai seterusnya ialah Pantai Jogan. Pantai ni boleh dilihat dari atas bukit. Memang cantik pantai ni. Tenang rasanya duduk atas bukit ni. Pantai Jogan ni memang favorit aku…

Pantai Pok Tunggal
Adik-adik riang bermain air berlumut

Pantai Pok Tunggal pula adalah pantai yang agak susah nak diakses tetapi pantai ini mungkin akan menjadi salah satu pantai yang utama di DIY ni. Tidak seperti Pantai Siong dan Pantai Jogan, di Pantai Pok Tunggal ini boleh dilihat begitu banyak prasarana yang sedang dibangunkan… mungkin oleh pihak persendirian.

Pantai Indrayanti… pun berlumut juga

Pantai yang paling komersil di Kabupaten GunungKidul ialah Pantai Indrayanti. Di sini boleh dibeli sedikit cenderahati walaupun pilihannya tidak banyak. Manusia pun agak ramai kat sini. Aku sempat sambar sehelai t-shirt yang tertulis ‘Indrayanti’ buat kenangan.

Pantai Slili
Pantai Krakal

Dari Pantai Indrayanti aku ke Pantai Slili dan Pantai Krakal. Kedua dua pantai ini besambung dan agak komersil juga.

Pantai Baron… Kelihatan bot nelayan parking di sini

Aku dan Pak Suratno kemudiannya bergegas ke Pantai Kukup tetapi dah tutup. Oleh itu kami pun langsung aja ke Pantai Baron yang agak istimewa kerana terdapat aliran mata air daripada bukit yang berdekatan mengalir deras ke pantai dan lautan. Tak penah lagi aku melihat keindahan ciptaan tuhan seperti ini. Pantai Baron ini juga dipenuhi oleh bot bot nelayan. Memang menarik sekali…

Terdapat deruan air tawar dari sumber mata air yang mengalir deras ke lautan… unik

Tibalah waktu untuk berbuka puasa dan kami pun berbuka di gerai yang terdapat di Pantai Baron tu je. Makanan pun ala kadar, nasi goreng. Habis makan kami pulang ke Kota Jogja dan sebelum sampai ke hotel, kami pekena dulu Kopi Joss yang terkenal di Jogja ni.

Angkringan adalah nama yang diberi untuk deretan kedai yang menjual Kopi Joss ni. Kopi ni sebenarnya kopi biasa yang dicelup arang. Agak pelik cara penyediaannya tapi memang sedaplah. Kami berceloteh agak lama memandangkan malam ini adalah malam terakhir aku di Kota Jogja.

Selepas menikmati Kopi Joss dan makanan alas perut di Angkringan, Pak Suratno menghantar aku pulang ke hotel. Maka tamatlah hari ketiga yang memenatkan tetapi amat mengujakan.

Bersambung behagian akhir nanti…

Jogja Dan Aku: Part 4 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Part 4 penulisan hari ni berkisar pada hari kedua lagi…

Setelah puas melawat ‘obyek wisata’ di Kota Yogyakarta, aku ke Kabupaten Bantul pula untuk ke Pantai Paris atau nama sebenarnya PARangtritIS (nampak tak?) untuk menikmati sunset… Kalau bab memberi nama singkatan ni.. Serahkan aja pada warga Indonesia.. Diorang memang cekap memendekkan perkataan yang panjang. Bandar udara jadi Bandara…

Jalan menuju pantai di Kabupaten Bantul

Motto Kabupaten Bantul ialah Projotamansari atau bermaksud Produktif-Professional, Ijo Royo-royo, Tertib, Aman, Sehat, Asri… Shortname lagi…

Gumuk pasir berhampiran Pantai Depok
Putih dan halus pasirnya…

Destinasi pertama petang ni ialah Gumuk Pasir yang terletak di antara Pantai Depok dan Pantai Parang Kusumo. Gumuk Pasir ni memang luas dan ada di antara pengunjung yang bermain sandboarding. Pasir di gumuk ni memang halus mulus.

Pantai Parang Kusumo yang terletak di antara Pantai Depok dan Pantai Paris

Dah puas main pasir dan kena bakar dek tengitnya matahari, aku pun terus menuju ke Pantai Parangtritis. Pantai ni adalah pantai yang paling dikomersilkan di Jogja selain daripada Pantai Indrayanti.

Dah sampai… pantai paling glamer di Yogyakarta

Memang nyaman duduk tepi pantai ni dengan deruan angin yang kuat dan ombak bear yang menghempas pantai. Aktiviti pantai seperti ATV dan menunggang kuda juga ada disediakan.

Aktiviti berkuda dan ATV banyak disediakan di sini

Kerana terlalu lama meluangkan masa di Gumuk Pasir dan Pantai Parangtritis ni, terlepaslah aku nak tengok sunset. Lagipun aku nak buka puasa ni… Mana mau nak tengok sunset sunset ni lagi dah.

Siomay… macam rojak

Aku dan Pak Suratno pun setuju untuk buka puasa on the way ke Kota Yogyakarta. Kami pun berhenti makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan tradisi Jawa yang dipanggil Siomay. Restoran ni namanya Kang Ujang… Memang terkenal dengan Siomay nya. Bila makanan ni sampai… Siomay ni rupa rupanya macam rojak lah jugak… Hehehe….

Persembahan Angklungan memang penarik utama Jln Malioboro ni

Selepas selesai segala urusan di hotel, aku pun ambik satu beca depan hotel ni dan minta si pengayuh beca ni bawa aku pusing Kota Yogyakarta untuk melihat suasana malam.

Gajah pun tak terlepas dari dikerjakan…

Memang meriah area Jalan Malioboro ni dengan Angklungan nye, dengan kereta kuda, beca, gerai jualan cenderamata, t-shirt dan macam-macam lagilah.

Bank of Indonesia bersenibina kolonial Belanda

Sempat jugalah aku snap gambar Bank Indonesia yang tersergam indah berdekatan dengan Monumen 1 Maret dan juga Benteng Vrederburg.

Toko atau gerai menjual batu akek

Dah puas aku pusing-pusing, tibalah masanya untuk balik hotel dan tidur. Keesokan harinya kena bangun awal sebab itinerari untuk esok memang mencabar dan full dari awal pagi sampai ke malam.

Jogja Dan Aku: Part 3 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Plan hari ni sebelah pagi nak melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Jogja dan sebelah petang akan menuju ke Kabupaten Bantul untuk menikmati sunset di Pantai Parangtritis atau ‘Paris’. Pak Suratno tiba di hotel dalam jam 8 pagi. Monggo kita!!!

Beca di Alun Alun Kidul
Suasana Jalan Malioboro di pagi hari

Destinasi pertama pagi ni ialah Museum Monumen Yogya Kembali. Monumen ini didirikan untuk memperingati perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia yang bermula di Kota Yogyakarta. Di pintu masuk monumen ini diukir nama seramai 422 orang perwira yang terkorban di daerah Wehrkreise III (RIS) di antara 19 Disember 1948 hingga 29 Jun 1949.

Pesawat Adi Sucipto

Muzium ini juga menyimpan dan mempertontonkan pelbagai dokumen, replika dan bahan tinggalan sejarah para pejuang kemerdekaan. Tandu dan kereta kuda yang pernah digunakan oleh Panglima Besar Jenderal Soedirman juga dipertontonkan di sini.

Dari monumen aku bergerak menuju ke Museum Benteng Vredeburg, tapi sebelum tu Pak Suratno menunaikan hajat aku untuk dibawa bersiar siar di dalam kota Jogja. Manusia berselerakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa…

Tugu Jogja… ikon Kota Yogyakarta

Terasa penuh kota ini tapi belum sesak lagi… kata hati aku. Sempat lah jugak aku snap gambar ikon Kota Jogja iaitu Tugu Jogja.

Benteng Vredeburg dari dalam
Mesin Cetak Heidelberg dipertontonkan di Kompleks Benteng Vredeburg

Akhirnya sampailah kami ke Museum Benteng Vredeburg. Rupa rupanya kota ni dekat jer dengan Hotel Jentra Dagen yang aku inap. Di hadapan muzium ini tersergam Istana Presiden. Malangnya tak boleh masuk ke dalam kawasan istana ni.

Benteng atau Kubu Vredeburg ini dibina oleh Belanda selepas melihat Kesultanan Yogyakarta di bawah Sultan Hamengkubowono 1 semakin berkuasa setelah Perjanjian Giyanti dimeterai pada 13 Februari 1755 yang berhasil menyelesaikan pertelingkahan di antara Susuhunan Pakubuwono III dengan Pangeran Mangkubumi (kemudian menjadi Sultan Hamengkubuwono 1). Kalau nak cerita pasal Kesultanan Yogyakarta ni… Panjang ceritanya… Kubu ni memang strategik kedudukannya sebab dekat sangat dengan Kraton atau Istana Sultan ni. Meriam pun dihalakan ke arah istana…. hmmmm…..

Membeli-belah di Pasar Beringharjo

Lepas melawat Vredeburg, aku langsung aja ke Pasar Beringharjo, juga di Jalan Malioboro ni. Memang pelbagai barangan dijual… Sempatlah aku sambar baju batik dan sedikit pembelian untuk si isteri.

Di balai ini muzika gamelan dialunkan
Salah satu dewan di keraton ini

Dari Pasar Beringharjo aku terus ke Istana Keraton iaitu pusat Kesultanan Yogyakarta. Meriam Vredeburg yang aku katakan tadi tu menghadap istana ni lah… Istana ni sebelah dengan Alun Alun Kidul dan amat dekat sekali dengan Taman Sari.

Siapa tahu… apakah ini?
Pakcik Jowo ni offer urut kaki… tapi tak free 🙂

Hari ni hari Jumaat, jadi selepas melawat Istana Keraton ni aku berhenti Solat Jumaat dulu… Takde makan tengahari sebab ni bulan puasa yea…

Masjid Gede

Selepas solat di Masjid Gedhe, perjalanan singkat diteruskan ke Taman Sari. Taman ini adalah bekas taman atau kebun istana Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat.

Taman Sari yang indah
Pintu masuk ke Taman Sari dari dalam
Jalan bawah tanah di taman ini

Bukan sekadar taman untuk santai dan hiburan, ia juga dikatakan menjadi benteng terakhir pertahanan jika diserang musuh. Kononnya salah seorang arkitek yang terlibat sama dalam pembinaan taman ini ialah seorang warga Portugis yang dikenali sebagai Demang Tegis. Tegis tu mungkin singkatan untuk Portugis kot….

Kesultanan Mataram naik setelah kejatuhan Kerajaan Demak
Pintu masuk ke makam. Kiri kanannya rumah penduduk

Destinasi terakhir aku di Kota Yogyakarta ialah Kotagede. Kota ini. Nampak biasa biasa jer dari luar tapi sebenarnya Kotagede ini adalah pusat pemerintahan pertama Kerajaan Mataram Kuno. Ukiran asli di pintu hasil tinggalan lama ini memang mengkagumkan.

Ukiran indah salah satu pintu kecil
Namanya makam tapi nampak macam taman

Sekian dahulu Part 3 kisah Joga Dan Aku ni… Akan bersambung lagi di Part 4, masih lagi hari kedua…

Jogja Dan Aku: Part 2 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Pertama pun tak habis dikarang lagi… Oklah… Kita sambung yea…

Candi Prambanan

Selepas aku melawat Gunung Merapi, perjalanan diteruskan ke Candi Prambanan. Candi ini juga dikenali sebagai Candi Roro Jonggrong. Tidak seperti Candi Borobudur yang dibina oleh penganut Buddha, Candi Prambanan ini dibina oleh pengikut Hindu sekitar tahun 850 Masihi pada zaman pemerintahan Sri Maharaja Rakai Pikatan Mpu Manuku, iaitu raja keenam Kerajaan Medang Mataram Kuno. Candi ini kemudiannya dibangunkan lagi oleh Sri Maharaja Rakai Watukura Dyah Balitung Sri Dharmodaya Mahasambu sekitar tahun 899 hingga 911 Masihi.

Ukiran pada dinding luar Candi Prambanan

Di sekitar Candi Prambanan ada beberapa candi kecil lagi seperti Sewu, Lumbung dan Candi Bubrah. Nasib aku pun baik kat sini sebab orang tak ramai.

Candi Plaosan Lor
Beberapa candi di sekitar Plaosan Lor ini. Kelihatan runtuhan batu-bata kesan gempa bumi

Kemudian kami pergi ke Candi Plaosan yang berdekatan aje dengan Candi Prambanan ni. Jelas kelihatan kemusnahan pada Candi Plaosan ini akibat daripada gempa bumi yang terjadi pada 2006.

Runtuhan daripada kesan gempa bumi amat terasa di sini

Kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua candi tadi… Candi Plaosan ini lebih ramai dilawati oleh sami-sami Buddha. Candi Plaosan ni terdiri daripada dua bahagian iaitu Plaosan Lor dan Plaosan Kidul. Ia dibina oleh Sri Kahulunan atau Pramodhawardhani, anak kepada Samaratungga yang berketurunan daripada Kerajaan Sailendra. Sri Kahulunan ini berkahwin dengan Sri Maharaja Rakai Pikatan (yang membina Candi Prambanan) mengikut tradisi Agama Hindu.

Keraton atau Istana Ratu Boko tidak jauh dari Candi Plaosan Lor

Dah puas aku menjelajah Candi Plaosan, kami menuju ke destinasi tinggalan yang terakhir iaitu Istana Ratu Boko yang terletak di atas bukit. Alhamdulillah, orang pun tak ramai.. So bersenang-lenanglah aku… Rencananya nak tour tapak istana ni, tengok sunset (Istana Ratu Boko ini adalah destinasi sunset yang terkenal di Indonesia) dan berbuka puasa di atas bukit ni…. Ohsem!

Dinding keraton masih berdiri teguh
Sebahagian daripada Wilayah DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta) dari Istana Ratu Boko

Sedikit sejarah pasal Istana Ratu Boko… Istana ini dikatakan digunakan oleh Rakai Panangkaran (Wangsa Sailendra) pada kurun kelapan. Nama “Ratu Boko” pula dikaitkan dengan lagenda masyarakat setempat yang bermaksud “Raja Bangau”.

Gunung Merapi di kejauhan
Pemandangan indah matahari terbenam

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa aje petang tu. Nyaman sekali walaupun cuaca panas terik… Di concourse, muzik gamelan sedang dialunkan.. Aku menanti matahari terbenam dan masa untuk berbuka puasa.

Berbuka puasa sambil menikmati pemandangan Yogyakarta dan Gunung Merapi yang indah

Habis makan, Pak Suratno menghantar aku pulang ke hotel untuk check in. Malam masih muda…. Lepas mandi aku pun naik beca dan pusing di sekitar hotel. Plannya malam ni aku tak nak lagi berhuhu di Jalan Malioboro.

Balik ke hotel dan terus tido….

Hari ni.. Adalah hari Candi dan Merapi…

Alhamdulillah segala rencana untuk Day 1 dah tercapai… Esok hari yang panjang….

Bring it on!

Jogja Dan Aku: Part 1 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tanggal 2 Julai 2015, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di Bumi Yogyakarta, Jogja, Djogja, Jogjakarta dan ikutlah macam mana nak eja perkataan Yogyakarta ni. Daerah Istimewa Yogyakarta ni adalah salah satu provinsi di Indonesia sama macam negeri kalau kat Malaysia dan Yogyakarta yang terkenal ni macam ibu negerilah jugak…

Otw ke Yogyakarta. Menyaksikan keindahan mentari pagi

Sedikit sebanyak mengenai Yogyakarta… Ia adalah kota yang terkenal sebagai pusat pembelajaran dan juga pusat keseniaan. Jogja juga terkenal sebagai kota penghasilan batik yang bermutu tinggi.

Kebetulan aku berada di Jakarta menghadiri sales meeting. Kerap jugak aku ke Jakarta sebenarnya, tapi kali ni aku ambil kesempatan untuk lajak ke Kota Jogja selama 4 hari. Sebab kedua aku lajak ke kota ini adalah kerana sekarang ni bulan puasa jadinya tentu saja tak ramai orang dan boleh lah bargain sikit2. Sebab yang ketiga, aku nak sangat tengok Candi Borobudur yang terkenal tu dan juga mempelajari sedikit sebanyak sejarah kebangkitan nasionalis Indonesia. Banyak catatan sejarah yang aku akan kongsikan di dalam penulisan yang mendatang.

Aku tiba di Bandara Adisutjipto, Yogyakarta

Flight aku dari Jakarta pada pukul 5:10 pagi so, kena bangun awallah… Sampai Adisutjipto International Airport pun pagi tu jugak lebih kurang pukul 8… Sesampai je aku di Jogja, terus plan nak cari supir untuk bawa aku ke Candi Borobudur. Kalau ikutkan range supir ni adalah di antara rph400,000 ke rph500,000 sehari… Pandai2 lah bargain yea…

Berswafoto sebelum mendaki Candi Borobudur

Aku pun duduk di luar bandara (airport) tengok sapa lah yang nak approach aku ni… Takde sapa pun approach.. Pelik jugak sebab selalunya memang kena kerumun. Tiba-tiba ada sorang brader ni dengan uniform hitam dia approach aku… Maka bermulalah sesi bargain membargain… Akhirnya kami berdua agree untuk aku bayar rph450,000 sehari untuk khidmat dia selama 4 hari bermula dari pukul 7pagi sampai pukul 9malam… Actually boleh minta kurang lagi tapi ok lah tu rph450,000 dalam RM120 sehari untuk Avanza, minyak petrol dan pak supir. Aku punya itineraries pun boleh tahan jugak… Dia tak tengok lagi tu hehehe…

Candi Borobudur

Jalan menuju Candi Borobudur di Magelang ni agak lengang… Baru lepas waktu puncak bilang Pak Suratno… Lagipun ini bulan puasa… bilangnya lagi.

Dalam sejam kemudian sampailah kami di Candi Borobudur… Kena bayar harga foreigner la pulak.. Lepas tu menapaklah aku ke candi tu… Bila nampak depan mata… Pergh… perasaan ingin tahu bertukar menjadi kagum… First sekali aku kagum.. Apasal tak ramai orang, ini sudah bagus! Yang keduanya, macam manalah diorang bina candi sebesar, secantik dan se’accurate’ ni…. Hebat… Hebat….

Candi Borobudur ni berbentuk stupa di bina oleh penganut Buddha sekitar 800 Masihi pada zaman Kerajaan Sailendra. Kalau ngaji sejarah sekolah menengah dulu ada disebut sedikit pasal Kerajaan Sailendra ni… Kalau nak tahu, inilah Kuil Agama Buddha yang terbesar di dunia! Hebaaat! Sedikit penerangan pasal candi ni ada pada gambar2.

Lepas puas aku pusing candi ni aku pun berjalan di sekitarnya pulak. Actually, kita boleh menunggang gajah dekat tepi candi ni… Aku pun tanya la pada brader yg bawak gajah ni… Buat tak layan jer… Ceh… Kebetulan ada satu couple dari Jepun ni baru lepas menunggang gajah tu.. Aku tanya,

“How much you guys pay?”

Tau apa dia cakap… “USD120 for both of us… Cheap…”

Hmmm… patut la aku tanya brader tadi dia tak mau bagitau… Mahal nye… Dalam hati aku…

On the way nak keluar tu sempatlah aku singgah muzium yang dibina untuk memberi gambaran serba sedikit pasal Candi Borobudur ni… Lepas tu terus keluar dari sana dan rancangan seterusnya nak pegi Gunung Merapi pulak.

Cuma pesan aku, ramai orang menjaja disekeliling candi ni, harga memang tak masuk akal… Bargainlah up to 80% from quoted price hahaha….

Seterusnya Pak Suratno bawak aku ke Candi Pawon. Candi ni kecik je… Celah2 rumah orang pun dan tak sampai 2km dari Candi Borobudur. Sejarahnya, Candi Pawon ini takdelah yang tahu asal usulnya melainkan nama Pawon itu mungkin dari perkataan Jawa yang bermaksud ‘abu’.

Candi Mendut, tidak berapa jauh dari Candi Borobudur

Kejap jer berenti kat sini, kami terus ke Candi Mendut pulak yang lebih besar daripada Candi Pawon. Candi ini dibina oleh Raja Indra dari Kerajaan Sailendra jugak.

Puas dah aku dengan candi candi ni.. sekarang tiba masa yang aku tunggu2 untuk melawat Gunung Merapi.

Otw nak pegi Gunung Merapi akan kelihatan banyak kebun buah salak di tepi jalan. Rupa rupanya pinggiran Yogyakarta ni terkenal dengan buah salaknya yang manis dan dikatakan yang terbaik di seluruh Indonesia. Apa lagi… Beli seplastiklah jawabnya untuk dimakan di hotel nanti.

Cinta hatiku di Jogja…. Gunung Merapi

Dalam 45 minit macam tu sampailah kami di kaki Gunung Merapi. Jalan nak ke dataran pusat tour agensi di Gunung Merapi ni kecil dan berwarna kelabu, kesan daripada letusan Gunung Merapi pada tahun 2009. Kemusnahan masih boleh dilihat dipersekitaran walaupun sudah 6 tahun kejadian berlaku.

Masa aku pegi tu jeep tak boleh naik la pulak atas sebab yang aku kurang pasti… Jadinya aku ambik ojek motosikal yang dipacu oleh seorang wanita yang kehilangan suaminya dalam tragedi letusan Merapi ni. Bolehlah aku katakan yang aku dapat first account daripada mangsa yang terlibat secara langsung dengan malapetaka ni. Katanya suami dia meninggal ketika cuba melarikan diri ketika haba panas melanda perkampungan di lereng gunung tu… Kalau ikut paham aku…macam serangan ‘heat wave’. Mana-mana yang berlindung di dalam bangunan juga tak terselamat kerana suhu tinggi yang melampau. Dikatakan ramai penduduk kampung dan juga haiwan yang mati bergelimpangan di jalan raya perkampungan tersebut.

Omah Mbah Maridjan

Selepas itu aku dibawa melawat tapak rumah Mbah Maridjan yang terkorban di dalam tragedi ini. Beliau adalah ‘Juru Kunci Gunung Merapi’ yang diiktiraf oleh Walikota Jogja. Kini anak beliau mengambil alih tugasan ini. Mbah Maridjan ni tidak mahu meninggalkan Gunung Merapi walaupun beliau sedar nyawanya mungkin melayang. Dikatakan beliau meninggal ketika sedang bersolat.

Titipan kali ini ditutup dengan kata2 Mbah Maridjan….

“AJINING MANUNGSO IKU GUMANTUNG ONO ING… TANGGUNG JAWABE MARANG KEWAJIBANE”

Maksudnya…

“KEHORMATAN SESEORANG DINILAI DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KEWAJIBANNYA”

My eyes welled up you know… I fall in love with Merapi lah since that day…

Cukuplah Part 1 hari pertama ni… Part 2 akan menyusul….