Saya menghadiri Bicara Arkeologi Siri 4/2017 anjuran USM dengan kerjasama Muzium Arkeologi Lembah Bujang pada 27 Feb 2017 kelmarin. Hati saya agak terpaut dengan sesi ceramah Dr. Nazaruddin Bin Zainun yang bertajuk ‘Warisan Hindu-Buddha Di Kedah Tua – Suatu Kritikan’. Ceramah beliau lebih kepada penemuan bukti-bukti di sekitar Lembah Bujang setakat ini dan apakah implikasi …
Month: February 2017
Sultan Abdullah, Seychelles Dan Tamu Agung Lainnya
Pertama kali aku mendengar nama Seychelles ialah ketika zaman persekolahan dahulu. Ketika itu subjek sejarah menyentuh tentang Negeri Perak, Dato Maharaja Lela, J.W.W Birch dan Sultan Abdullah. Seychelles? Di manakah Seychelles? Seychelles sesungguhnya lebih terasing daripada penjara Alcatraz di Amerika Syarikat mahupun Pulau Robben yang menempatkan tetamu agungnya, Nelson Mandela di Afrika Selatan. Vasco da …
Genghis Khan Dan Kehancuran Mutlak Merv
Kota Baghdad dimusnahkan Hulagu Khan namun bangkit kembali, begitu juga Samarkhand dan Bukhara yang dijarah Genghis Khan sebelumnya. Namun tidak Merv! Kota ini gagal bangun kembali dan akhirnya ditinggalkan, gersang dimamah waktu, walaupun beberapa percubaan untuk menghidupkannya dilakukan selepas dimusnahkan secara total oleh Tolui atas arahan Genghis Khan. Tidak banyak diceritakan orang tentang Merv dan …
Perangai Macam Belanda! – Kisah Hongi Tochten
Kau ni… perangai macam Belanda!” “Macam Belanda dapat tanah… elok sikit perangai tu…” “Belanda pun tak macam kau ni!” Ini adalah antara percakapan yang sering aku dengar semasa kecil dahulu. Tentu ramai di kalangan kalian juga biasa mendengarnya, malah mungkin saja pernah dipanggil Belanda! Namun apakah maksud tersirat di sebalik bait-bait di atas? Kenapa Belanda …
Khublai Khan, Singosari dan Marco Polo
Penulisan mengenai Khublai Khan ini berdasarkan kepada pembacaan daripada buku ‘A Brief History Of Khubilai Khan’ yang ditulis oleh Jonathan Clements. Banyak buku terbitan Jonathan Clements di pasaran seperti Samurai, Marco Polo, Vikings dan lain lain lagi. Sudut pandang beliau juga agak berlainan daripada arus perdana di dalam sesetengah subjek perbincangan. Sumber lain penulisan ini …
Tawarikh Nusantara: Bahagian 9 – Kerajaan Majapahit (Zaman Kejatuhan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk merungkaikan salasilah Kerajaan Majapahit setelah kemangkatan Hayam Wuruk agak sulit sebenarnya kerana Negarakertagama ditulis sehingga tahun 1365 M, manakala Pararaton agak bercelaru penulisannya. Babad Tanah Jawi dan Serat Kanda pula amat diragukan oleh pengkaji sejarah. Hasil daripada perkahwinan antara Hayam Wuruk dan Paduka Sori, lahirlah Kusumawardhani atau Bhre Lasem. Beliau …
Tawarikh Nusantara: Bahagian 8 – Kerajaan Majapahit (Zaman Kegemilangan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahagian 7 yang lalu diakhiri dengan kisah pembunuhan Kertanegara oleh Jayakatwang dan Raden Wijaya diberi pengampunan lalu dibenarkan untuk meneroka kawasan baru di Wilayah Tarik. Namun cita-cita sebenar Raden Wijaya adalah untuk merampas kembali takhta pemerintahan daripada Jayakatwang. Apabila tentera Dinasti Yuan yang diketuai oleh Ike Mese, Shi Bi dan Gaoxing …
Tawarikh Nusantara: Bahagian 7 – Kerajaan Singosari
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bahagian 7 Tawarikh Nusantara akan berkisar tentang Kerajaan Singosari atau Singhasari yang beribukota di Jawa Timur. Aku ada menyentuh serba sedikit mengenai Kerajaan Singosari ketika membicarakan tentang Kerajaan Dharmasraya (Bahagian 3) dan ekspedisi Pamalayu berserta Arca Amogaphasa yang dihantar oleh Kertanegara kepada Raja Wangsa Mauli di Jambi. Kesinambungan dari itu, aku …
Tawarikh Nusantara: Bahagian 6 – Kerajaan Pagaruyung
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kerajaan Pagaruyung juga dikenali sebagai Kerajaan Minangkabau. Penulisan kali ini mungkin agak kontroversi kerana aku akan menyentuh sedikit tentang kedatangan Islam di Ranah Minang ini. Seperti yang aku nyatakan di dalam artikel ‘Mengapa Asia Tenggara Dan Mengapa Saya Menulis’, aku ada mengingatkan bahawa sejarah itu ditulis berdasarkan pentakrifan sejarawan itu sendiri. …
Tawarikh Nusantara: Bahagian 5 – Kerajaan Malayupura
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku mengakhiri Bahagian 3 Tawarikh Nusantara dengan nama Adityawarman sebagai pengasas Kerajaan Malayupura dan seterusnya Kerajaan Pagaruyung. Penulisan kali ini akan berkisar lebih kepada Kerajaan Malayupura dan juga siapakah Adityawarman yang menjadi ikon pelancongan Kota Padang dan Sumatera Barat amnya hari ini. Pendapat yang paling popular ialah Adityawarman ini adalah anak …