Artikel Umum Buku

Dreambook Dan Impian Zaman Batu Nak Menulis Buku

Masa aku muda-muda dulu (masa tu umur 23 tahun), aku ada simpan satu album. Album tu aku panggil Dreambook. Macam-macam gambar aku gunting dan bubuh dalam album tu. Benda yang tak ada gambar, aku tulis dalam satu lagi buku, ‘100 Things 100 Dreams’ namanya…

Ada yang dapat, ada yang belum dapat, ada yang tak akan dapat, ada yang jadi mimpi ngeri… Kalau boring boring, aku buka album ni, tapi yang sebenarnya dah bertahun aku tak buka, ada tersimpan rapi dalam almari tu.

Salah satu impian aku sebenarnya nak menulis buku, tapi biasalah, masa aku tulis dalam buku 100 Things 100 Dreams tu aku gelak-gelak jer. Sebabnya? Siapa yang kenal aku masa zaman belajar dulu tahulah betapa malasnya aku ni. Malangnya, malas dan bodoh tu sering kali berkadar terus. Itu cerita lain kali…

Balik pada impian tulis buku tadi. Aku ingat impian ni dah berkubur lama dah, tapi awal tahun ni ada sesuatu terjadi. Aku ternampak satu posting di fb yang nak mencari penulis travelog. Lalu aku terfikir, kenapa aku tak buat benda sama dengan group whatsapp traveler yang aku hormati ni. Semua mereka ada cerita.

Maka, aku pun pukullah gendang, menghidup api dan mencari mereka yang mahu bersama menyusahkan diri. Ada yang reject, ada yang segan, ada yang kata tak reti menulis… tapi, akhirnya aku dapatlah juga kumpul 20 traveler yang kononnya nak jadi penulis amatur.

Janji aku pada mereka, buku ni kita buat sama-sama, kita tulis sama-sama, aku edit, kau buat layout, kau pula kutip duit, kau pula urus isbn dan macam-macam lagilah. Pendek kata, semua kami akan buat sendiri sampailah terbit kelak.

Ok… ada satu masalah… semua 20 orang ni tak pernah menulis buku, apatah lagi terbit buku dan ada yang tak pernah baca buku lepas habis study dulu. Training apa pun tidak.

Deadline submission tunda 6 kali! Kalau ini projek publishing house memang habis lama dah, tapi kami buat juga.

Bukan senang nak siapkan buku ni. Ada seorang traveler ni kena perlekeh sampai nak tarik diri sebab inferiority complex. Ada yang sibuk sangat sampai nak tarik diri, macam-macam alasanlah… ok aku mengaku, dekat separuh nak tarik diri, tapi kami tetap teruskan juga, kami stick together.

Hari ini, buku dah dalam fasa draf terakhir… Tunggu nak apply isbn jer lagi, lepas tu dah masuk printing.

Betullah kata orang, bermimpi itu percuma, tak salah kalau mencuba. Yang salah dan gagal itu adalah kerana kita tak pernah cuba nak bermimpi. Dalam hal aku, berguna juga Dreambook aku ni yea…

Untuk projek buku travelog kami 20 orang ni aku katakan pada mereka,

“5 tahun dari sekarang, entah di mana kita semua, yang ini sajalah kenangan kita. Ada antara kita yang takkan menulis dah, tapi inilah kenangan untuk anak cucu kita nanti, yang mak bapak diorang bukan biasa-biasa.”

Hahahahaha….

Tapi aku ada harapan baru, InshaAllah 2 atau 3 orang daripada mereka ini akan kekal menulis dan siapa tahu… bak kata orang putih , one thing leads to another…

A Man With A Dream Will Not Be Denied!

Mana aku dengar kata-kata ini dulu…

p/s: Seorang sifu pernah pesan pada aku, menulis sebuah buku tak bermakna kau sudah jadi ‘penulis’. Never call yourself a writer… Wise words boss!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *