Geopolitik

Isu Borneo: Kepala Atau Ekor?

Setiap keping syiling itu ada sisi ‘kepala’ dan ‘ekor’. Begitulah juga dengan sisi kehidupan, seperti yang dinyatakan oleh Undang-Undang Ketiga Newton,

‘Setiap perlakuan itu pasti ada tindak balas yang setara dan bertentangan dengannya’

Oleh itu, aku selalu melatih otak yang satu ini untuk melihat sesuatu kejadian itu daripada sudut pro dan kontranya…

GLASNOST AND PERESTROIKA

Dasar pecah dan perintah ini bukan suatu yang baru, ianya sudah menjadi suatu strategi yang sudah berusia berkurun lamanya dan merupakan strategi politik jangka panjang yang amat berkesan.

Keruntuhan USSR dan pasca Kremlin menghasilkan Ukraine yang pro kepada Uncle Sam dan Nato-bloc.

Lihat sahaja Timor Timur yang kini dibanjiri konglomerat dan expatriat Barat menggali hasil buminya. Agak menarik jika anda berpeluang duduk semeja dengan warga Timor Leste.

“‘Memerdekakan diri daripada Indonesia adalah fasa 1 perjuangan, memerdekakan ekonomi yang terjajah hasil daripada perjuangan fasa 1 itu adalah fasa 2 perjuangan,” bilangnya sambil tersenyum sinis… Lucu, tapi ada benarnya.

“Yang utama…. merdeka dan bebas dulu Pak Afzan.”

Itu bahayanya perpecahan!

Namun, jika bersatu dalam satu gabungan itu tidak mendatangkan kebaikan atau peranan sentiasa diperlecehkan, untuk apa kekal dalam suatu kesamaan yang penuh kepura-puraan dan tiada penghormatan. Mungkin, keberasingan itu lebih baik dan menguntungkan.

Perpecahan untuk kebaikan!

Apa pendapat Utilitarian dalam isu ini?

Kepala atau Ekor?

Bagi aku… tunggu dan lihat lebih baik daripada melompat!

🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *