Jogja dan Aku

Jogja Dan Aku: Part 1 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tanggal 2 Julai 2015, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di Bumi Yogyakarta, Jogja, Djogja, Jogjakarta dan ikutlah macam mana nak eja perkataan Yogyakarta ni. Daerah Istimewa Yogyakarta ni adalah salah satu provinsi di Indonesia sama macam negeri kalau kat Malaysia dan Yogyakarta yang terkenal ni macam ibu negerilah jugak…

Otw ke Yogyakarta. Menyaksikan keindahan mentari pagi

Sedikit sebanyak mengenai Yogyakarta… Ia adalah kota yang terkenal sebagai pusat pembelajaran dan juga pusat keseniaan. Jogja juga terkenal sebagai kota penghasilan batik yang bermutu tinggi.

Kebetulan aku berada di Jakarta menghadiri sales meeting. Kerap jugak aku ke Jakarta sebenarnya, tapi kali ni aku ambil kesempatan untuk lajak ke Kota Jogja selama 4 hari. Sebab kedua aku lajak ke kota ini adalah kerana sekarang ni bulan puasa jadinya tentu saja tak ramai orang dan boleh lah bargain sikit2. Sebab yang ketiga, aku nak sangat tengok Candi Borobudur yang terkenal tu dan juga mempelajari sedikit sebanyak sejarah kebangkitan nasionalis Indonesia. Banyak catatan sejarah yang aku akan kongsikan di dalam penulisan yang mendatang.

Aku tiba di Bandara Adisutjipto, Yogyakarta

Flight aku dari Jakarta pada pukul 5:10 pagi so, kena bangun awallah… Sampai Adisutjipto International Airport pun pagi tu jugak lebih kurang pukul 8… Sesampai je aku di Jogja, terus plan nak cari supir untuk bawa aku ke Candi Borobudur. Kalau ikutkan range supir ni adalah di antara rph400,000 ke rph500,000 sehari… Pandai2 lah bargain yea…

Berswafoto sebelum mendaki Candi Borobudur

Aku pun duduk di luar bandara (airport) tengok sapa lah yang nak approach aku ni… Takde sapa pun approach.. Pelik jugak sebab selalunya memang kena kerumun. Tiba-tiba ada sorang brader ni dengan uniform hitam dia approach aku… Maka bermulalah sesi bargain membargain… Akhirnya kami berdua agree untuk aku bayar rph450,000 sehari untuk khidmat dia selama 4 hari bermula dari pukul 7pagi sampai pukul 9malam… Actually boleh minta kurang lagi tapi ok lah tu rph450,000 dalam RM120 sehari untuk Avanza, minyak petrol dan pak supir. Aku punya itineraries pun boleh tahan jugak… Dia tak tengok lagi tu hehehe…

Candi Borobudur

Jalan menuju Candi Borobudur di Magelang ni agak lengang… Baru lepas waktu puncak bilang Pak Suratno… Lagipun ini bulan puasa… bilangnya lagi.

Dalam sejam kemudian sampailah kami di Candi Borobudur… Kena bayar harga foreigner la pulak.. Lepas tu menapaklah aku ke candi tu… Bila nampak depan mata… Pergh… perasaan ingin tahu bertukar menjadi kagum… First sekali aku kagum.. Apasal tak ramai orang, ini sudah bagus! Yang keduanya, macam manalah diorang bina candi sebesar, secantik dan se’accurate’ ni…. Hebat… Hebat….

Candi Borobudur ni berbentuk stupa di bina oleh penganut Buddha sekitar 800 Masihi pada zaman Kerajaan Sailendra. Kalau ngaji sejarah sekolah menengah dulu ada disebut sedikit pasal Kerajaan Sailendra ni… Kalau nak tahu, inilah Kuil Agama Buddha yang terbesar di dunia! Hebaaat! Sedikit penerangan pasal candi ni ada pada gambar2.

Lepas puas aku pusing candi ni aku pun berjalan di sekitarnya pulak. Actually, kita boleh menunggang gajah dekat tepi candi ni… Aku pun tanya la pada brader yg bawak gajah ni… Buat tak layan jer… Ceh… Kebetulan ada satu couple dari Jepun ni baru lepas menunggang gajah tu.. Aku tanya,

“How much you guys pay?”

Tau apa dia cakap… “USD120 for both of us… Cheap…”

Hmmm… patut la aku tanya brader tadi dia tak mau bagitau… Mahal nye… Dalam hati aku…

On the way nak keluar tu sempatlah aku singgah muzium yang dibina untuk memberi gambaran serba sedikit pasal Candi Borobudur ni… Lepas tu terus keluar dari sana dan rancangan seterusnya nak pegi Gunung Merapi pulak.

Cuma pesan aku, ramai orang menjaja disekeliling candi ni, harga memang tak masuk akal… Bargainlah up to 80% from quoted price hahaha….

Seterusnya Pak Suratno bawak aku ke Candi Pawon. Candi ni kecik je… Celah2 rumah orang pun dan tak sampai 2km dari Candi Borobudur. Sejarahnya, Candi Pawon ini takdelah yang tahu asal usulnya melainkan nama Pawon itu mungkin dari perkataan Jawa yang bermaksud ‘abu’.

Candi Mendut, tidak berapa jauh dari Candi Borobudur

Kejap jer berenti kat sini, kami terus ke Candi Mendut pulak yang lebih besar daripada Candi Pawon. Candi ini dibina oleh Raja Indra dari Kerajaan Sailendra jugak.

Puas dah aku dengan candi candi ni.. sekarang tiba masa yang aku tunggu2 untuk melawat Gunung Merapi.

Otw nak pegi Gunung Merapi akan kelihatan banyak kebun buah salak di tepi jalan. Rupa rupanya pinggiran Yogyakarta ni terkenal dengan buah salaknya yang manis dan dikatakan yang terbaik di seluruh Indonesia. Apa lagi… Beli seplastiklah jawabnya untuk dimakan di hotel nanti.

Cinta hatiku di Jogja…. Gunung Merapi

Dalam 45 minit macam tu sampailah kami di kaki Gunung Merapi. Jalan nak ke dataran pusat tour agensi di Gunung Merapi ni kecil dan berwarna kelabu, kesan daripada letusan Gunung Merapi pada tahun 2009. Kemusnahan masih boleh dilihat dipersekitaran walaupun sudah 6 tahun kejadian berlaku.

Masa aku pegi tu jeep tak boleh naik la pulak atas sebab yang aku kurang pasti… Jadinya aku ambik ojek motosikal yang dipacu oleh seorang wanita yang kehilangan suaminya dalam tragedi letusan Merapi ni. Bolehlah aku katakan yang aku dapat first account daripada mangsa yang terlibat secara langsung dengan malapetaka ni. Katanya suami dia meninggal ketika cuba melarikan diri ketika haba panas melanda perkampungan di lereng gunung tu… Kalau ikut paham aku…macam serangan ‘heat wave’. Mana-mana yang berlindung di dalam bangunan juga tak terselamat kerana suhu tinggi yang melampau. Dikatakan ramai penduduk kampung dan juga haiwan yang mati bergelimpangan di jalan raya perkampungan tersebut.

Omah Mbah Maridjan

Selepas itu aku dibawa melawat tapak rumah Mbah Maridjan yang terkorban di dalam tragedi ini. Beliau adalah ‘Juru Kunci Gunung Merapi’ yang diiktiraf oleh Walikota Jogja. Kini anak beliau mengambil alih tugasan ini. Mbah Maridjan ni tidak mahu meninggalkan Gunung Merapi walaupun beliau sedar nyawanya mungkin melayang. Dikatakan beliau meninggal ketika sedang bersolat.

Titipan kali ini ditutup dengan kata2 Mbah Maridjan….

“AJINING MANUNGSO IKU GUMANTUNG ONO ING… TANGGUNG JAWABE MARANG KEWAJIBANE”

Maksudnya…

“KEHORMATAN SESEORANG DINILAI DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KEWAJIBANNYA”

My eyes welled up you know… I fall in love with Merapi lah since that day…

Cukuplah Part 1 hari pertama ni… Part 2 akan menyusul….

4 thoughts on “Jogja Dan Aku: Part 1 (Jul 2015)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *