Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari Pertama pun tak habis dikarang lagi… Oklah… Kita sambung yea…
Selepas aku melawat Gunung Merapi, perjalanan diteruskan ke Candi Prambanan. Candi ini juga dikenali sebagai Candi Roro Jonggrong. Tidak seperti Candi Borobudur yang dibina oleh penganut Buddha, Candi Prambanan ini dibina oleh pengikut Hindu sekitar tahun 850 Masihi pada zaman pemerintahan Sri Maharaja Rakai Pikatan Mpu Manuku, iaitu raja keenam Kerajaan Medang Mataram Kuno. Candi ini kemudiannya dibangunkan lagi oleh Sri Maharaja Rakai Watukura Dyah Balitung Sri Dharmodaya Mahasambu sekitar tahun 899 hingga 911 Masihi.
Di sekitar Candi Prambanan ada beberapa candi kecil lagi seperti Sewu, Lumbung dan Candi Bubrah. Nasib aku pun baik kat sini sebab orang tak ramai.
Kemudian kami pergi ke Candi Plaosan yang berdekatan aje dengan Candi Prambanan ni. Jelas kelihatan kemusnahan pada Candi Plaosan ini akibat daripada gempa bumi yang terjadi pada 2006.
Kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua candi tadi… Candi Plaosan ini lebih ramai dilawati oleh sami-sami Buddha. Candi Plaosan ni terdiri daripada dua bahagian iaitu Plaosan Lor dan Plaosan Kidul. Ia dibina oleh Sri Kahulunan atau Pramodhawardhani, anak kepada Samaratungga yang berketurunan daripada Kerajaan Sailendra. Sri Kahulunan ini berkahwin dengan Sri Maharaja Rakai Pikatan (yang membina Candi Prambanan) mengikut tradisi Agama Hindu.
Dah puas aku menjelajah Candi Plaosan, kami menuju ke destinasi tinggalan yang terakhir iaitu Istana Ratu Boko yang terletak di atas bukit. Alhamdulillah, orang pun tak ramai.. So bersenang-lenanglah aku… Rencananya nak tour tapak istana ni, tengok sunset (Istana Ratu Boko ini adalah destinasi sunset yang terkenal di Indonesia) dan berbuka puasa di atas bukit ni…. Ohsem!
Sedikit sejarah pasal Istana Ratu Boko… Istana ini dikatakan digunakan oleh Rakai Panangkaran (Wangsa Sailendra) pada kurun kelapan. Nama “Ratu Boko” pula dikaitkan dengan lagenda masyarakat setempat yang bermaksud “Raja Bangau”.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa aje petang tu. Nyaman sekali walaupun cuaca panas terik… Di concourse, muzik gamelan sedang dialunkan.. Aku menanti matahari terbenam dan masa untuk berbuka puasa.
Habis makan, Pak Suratno menghantar aku pulang ke hotel untuk check in. Malam masih muda…. Lepas mandi aku pun naik beca dan pusing di sekitar hotel. Plannya malam ni aku tak nak lagi berhuhu di Jalan Malioboro.
Balik ke hotel dan terus tido….
Hari ni.. Adalah hari Candi dan Merapi…
Alhamdulillah segala rencana untuk Day 1 dah tercapai… Esok hari yang panjang….
Bring it on!