Jogja dan Aku

Jogja Dan Aku: Part 3 (Jul 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Plan hari ni sebelah pagi nak melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Jogja dan sebelah petang akan menuju ke Kabupaten Bantul untuk menikmati sunset di Pantai Parangtritis atau ‘Paris’. Pak Suratno tiba di hotel dalam jam 8 pagi. Monggo kita!!!

Beca di Alun Alun Kidul
Suasana Jalan Malioboro di pagi hari

Destinasi pertama pagi ni ialah Museum Monumen Yogya Kembali. Monumen ini didirikan untuk memperingati perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia yang bermula di Kota Yogyakarta. Di pintu masuk monumen ini diukir nama seramai 422 orang perwira yang terkorban di daerah Wehrkreise III (RIS) di antara 19 Disember 1948 hingga 29 Jun 1949.

Pesawat Adi Sucipto

Muzium ini juga menyimpan dan mempertontonkan pelbagai dokumen, replika dan bahan tinggalan sejarah para pejuang kemerdekaan. Tandu dan kereta kuda yang pernah digunakan oleh Panglima Besar Jenderal Soedirman juga dipertontonkan di sini.

Dari monumen aku bergerak menuju ke Museum Benteng Vredeburg, tapi sebelum tu Pak Suratno menunaikan hajat aku untuk dibawa bersiar siar di dalam kota Jogja. Manusia berselerakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa…

Tugu Jogja… ikon Kota Yogyakarta

Terasa penuh kota ini tapi belum sesak lagi… kata hati aku. Sempat lah jugak aku snap gambar ikon Kota Jogja iaitu Tugu Jogja.

Benteng Vredeburg dari dalam
Mesin Cetak Heidelberg dipertontonkan di Kompleks Benteng Vredeburg

Akhirnya sampailah kami ke Museum Benteng Vredeburg. Rupa rupanya kota ni dekat jer dengan Hotel Jentra Dagen yang aku inap. Di hadapan muzium ini tersergam Istana Presiden. Malangnya tak boleh masuk ke dalam kawasan istana ni.

Benteng atau Kubu Vredeburg ini dibina oleh Belanda selepas melihat Kesultanan Yogyakarta di bawah Sultan Hamengkubowono 1 semakin berkuasa setelah Perjanjian Giyanti dimeterai pada 13 Februari 1755 yang berhasil menyelesaikan pertelingkahan di antara Susuhunan Pakubuwono III dengan Pangeran Mangkubumi (kemudian menjadi Sultan Hamengkubuwono 1). Kalau nak cerita pasal Kesultanan Yogyakarta ni… Panjang ceritanya… Kubu ni memang strategik kedudukannya sebab dekat sangat dengan Kraton atau Istana Sultan ni. Meriam pun dihalakan ke arah istana…. hmmmm…..

Membeli-belah di Pasar Beringharjo

Lepas melawat Vredeburg, aku langsung aja ke Pasar Beringharjo, juga di Jalan Malioboro ni. Memang pelbagai barangan dijual… Sempatlah aku sambar baju batik dan sedikit pembelian untuk si isteri.

Di balai ini muzika gamelan dialunkan
Salah satu dewan di keraton ini

Dari Pasar Beringharjo aku terus ke Istana Keraton iaitu pusat Kesultanan Yogyakarta. Meriam Vredeburg yang aku katakan tadi tu menghadap istana ni lah… Istana ni sebelah dengan Alun Alun Kidul dan amat dekat sekali dengan Taman Sari.

Siapa tahu… apakah ini?
Pakcik Jowo ni offer urut kaki… tapi tak free 🙂

Hari ni hari Jumaat, jadi selepas melawat Istana Keraton ni aku berhenti Solat Jumaat dulu… Takde makan tengahari sebab ni bulan puasa yea…

Masjid Gede

Selepas solat di Masjid Gedhe, perjalanan singkat diteruskan ke Taman Sari. Taman ini adalah bekas taman atau kebun istana Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat.

Taman Sari yang indah
Pintu masuk ke Taman Sari dari dalam
Jalan bawah tanah di taman ini

Bukan sekadar taman untuk santai dan hiburan, ia juga dikatakan menjadi benteng terakhir pertahanan jika diserang musuh. Kononnya salah seorang arkitek yang terlibat sama dalam pembinaan taman ini ialah seorang warga Portugis yang dikenali sebagai Demang Tegis. Tegis tu mungkin singkatan untuk Portugis kot….

Kesultanan Mataram naik setelah kejatuhan Kerajaan Demak
Pintu masuk ke makam. Kiri kanannya rumah penduduk

Destinasi terakhir aku di Kota Yogyakarta ialah Kotagede. Kota ini. Nampak biasa biasa jer dari luar tapi sebenarnya Kotagede ini adalah pusat pemerintahan pertama Kerajaan Mataram Kuno. Ukiran asli di pintu hasil tinggalan lama ini memang mengkagumkan.

Ukiran indah salah satu pintu kecil
Namanya makam tapi nampak macam taman

Sekian dahulu Part 3 kisah Joga Dan Aku ni… Akan bersambung lagi di Part 4, masih lagi hari kedua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *