Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni adalah hari ketiga aku di Bumi Yogyakarta. Kalau hari pertama segalanya berkisar dengan kehebatan candi candinya, hari kedua lebih kepada Kota Jogja itu sendiri dan Kabupaten Bantul yang indah, hari ketiga ini akan lebih kepada wisata alam di Kabupaten Gunung Kidul. Kidul dalam Bahasa Indonesia bermaksud ‘Selatan’, jadinya, Gunung Kidul itu bermaksud Gunung Selatan.


Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi kerana perjalanan kali ini amat jauh dan Avanza Pak Suratno perlu mendaki beberapa bukit dan gunung untuk sampai ke tempat tujuan.

Destinasi pertama aku pada hari ini ialah Gunung Api Purba Nglanggeran. Jalan menuju gunung ini kecil tetapi tidak banyak kenderaan yang lalu lalang.

Setelah membayar loket di kaunter, aku pun mula mendaki Gunung Api ini yang terdiri daripada beberapa buah gunung seperti gunung Bagong, Gunung Kelir dan beberapa gunung lagi. Aku ni memang tak fit, tambah pula masa pun tak banyak…

Jadinya aku hanya panjat Gunung Bagong jer dan sempat ke Gardu Pandang 2 sebelum memulakan langkah menuruni gunung ini. View kat atas ini memang cantik walaupun sedikit panas… yea lah… sekarang ni kan musim kemarau.
Semasa pendakian gunung ni aku terserempak dengan seorang wanita yang dah lebih separuh abad. Ceria dia mendaki ditemani dengan seorang penunjuk arah. Katanya dia dari Kota Jogja jer dan dah lama menyimpan hasrat nak mendaki Gunung Api ini. Katanya, dia hairan boleh ketemu orang Malaysia di sini sedangkan orang Jogja sendiri pun tak tentu lagi tahu tentang gunung ini sambil tersenyum sinis.


Destinasi kedua pagi ini ialah Gua Pindul. Tapi sebelum tu sempat jugalah aku membeli sebalang walang goreng atau belalang goreng. Dalam 20 minit kemudian aku pun sampai ke Gua Pindul.

Wisata Alam Gua Pindul merupakan gua yang digenangi air sungai… Untuk meneroka gua ini, aku wajib menggunakan pelampung besar sambil ditarik oleh guide yang terlatih. Hari ni memang ramai orang sebab ada satu sekolah ni buat lawatan sambil belajar dan main air…

Di gua ini jugalah pertama kalinya aku membuat terjunan tiruk dari atas tebing.. Sebenarnya aku 50/50 jer nak lompat.. tapi ada satu makhluk tolak aku dari belakang.. mungkin sebab bosan tunggu aku tak lompat lompat… Oklah.. Aku ni penakut air… Kalau diikutkan sejarah, hubungan aku tak berapa mesra dengan air sungai, air laut ni… hahaha…
Kemudian aku meneruskan perjalanan ke gugusan pantai yang terdapat di Kabupaten Gunung Kidul ini. Nak pegi semuanya memang taklah, sebab memang banyak dan berselerak pantai-pantai ni.
Aku singgah dulu di Lesehan Pari Gogo dan memesan nasi daging untuk makan malam nanti. Lesehan Pari Gogo ni memang terkenal, sebab tu lah aku beli bungkus bawak balik.

Perjalanan ke Pantai Siong disajikan dengan pemandangan bukit-bukau yang kehitaman seperti arang. Susah untuk melihat bukit-bukau seperti ini di Malaysia. Pantai Siong adalah pantai yang pendek kerana pantai ini bersempadanan dengan bukit-bukau. Airnya jernih dan ombaknya agak kuat.

Pantai seterusnya ialah Pantai Jogan. Pantai ni boleh dilihat dari atas bukit. Memang cantik pantai ni. Tenang rasanya duduk atas bukit ni. Pantai Jogan ni memang favorit aku…


Pantai Pok Tunggal pula adalah pantai yang agak susah nak diakses tetapi pantai ini mungkin akan menjadi salah satu pantai yang utama di DIY ni. Tidak seperti Pantai Siong dan Pantai Jogan, di Pantai Pok Tunggal ini boleh dilihat begitu banyak prasarana yang sedang dibangunkan… mungkin oleh pihak persendirian.

Pantai yang paling komersil di Kabupaten GunungKidul ialah Pantai Indrayanti. Di sini boleh dibeli sedikit cenderahati walaupun pilihannya tidak banyak. Manusia pun agak ramai kat sini. Aku sempat sambar sehelai t-shirt yang tertulis ‘Indrayanti’ buat kenangan.


Dari Pantai Indrayanti aku ke Pantai Slili dan Pantai Krakal. Kedua dua pantai ini besambung dan agak komersil juga.

Aku dan Pak Suratno kemudiannya bergegas ke Pantai Kukup tetapi dah tutup. Oleh itu kami pun langsung aja ke Pantai Baron yang agak istimewa kerana terdapat aliran mata air daripada bukit yang berdekatan mengalir deras ke pantai dan lautan. Tak penah lagi aku melihat keindahan ciptaan tuhan seperti ini. Pantai Baron ini juga dipenuhi oleh bot bot nelayan. Memang menarik sekali…

Tibalah waktu untuk berbuka puasa dan kami pun berbuka di gerai yang terdapat di Pantai Baron tu je. Makanan pun ala kadar, nasi goreng. Habis makan kami pulang ke Kota Jogja dan sebelum sampai ke hotel, kami pekena dulu Kopi Joss yang terkenal di Jogja ni.
Angkringan adalah nama yang diberi untuk deretan kedai yang menjual Kopi Joss ni. Kopi ni sebenarnya kopi biasa yang dicelup arang. Agak pelik cara penyediaannya tapi memang sedaplah. Kami berceloteh agak lama memandangkan malam ini adalah malam terakhir aku di Kota Jogja.
Selepas menikmati Kopi Joss dan makanan alas perut di Angkringan, Pak Suratno menghantar aku pulang ke hotel. Maka tamatlah hari ketiga yang memenatkan tetapi amat mengujakan.
Bersambung behagian akhir nanti…