Artikel Umum Sejarah

Kaki Claim, Haram Tak Tahu Hujung Pangkal

Tahun 2015 aku kerap ke Bangkok atas urusan kerja. Biasanya aku berkampung di sebuah pejabat di Bang Na, di pinggiran kota Bangkok. Kadang-kadang sampai lewat malam, berdua-duaan dengan warga Thai ni, namanya Sajat (bukan nama sebenar). Sebelum korang fikir yang bukan-bukan, Sajat ni jantanlah. Aku dengan Sajat ni memang rapat, bertepuk tampar, walaupun umur dia baru nak cecah 30, dan aku dah nak menopaus…

Satu malam tu, sambil menyiapkan dokumentasi, aku dan Sajat bersembang topik kembara. Dia tahu aku banyak berjalan di Thailand, jadinya inilah peluang si Sajat nak riak dan angkuh pasal sejarah Thailand dan bangsa Tai. Perbualan kami lebih kurang macam nilah.

Sajat: Afzan, ko tau tak negara kami ni besar… kalau ikutkan dari sempadan China sampai Patani…

Afzan: Yelah… aku taulah negara ko besar…
(Aku menjawab sambil mata menatap skrin komputer dan jari jemari menaip laju)

Sajat: Tau takpe… Lagi satu.. ko tau tak negara kami ni besar sampai masuk Cambodia?
(Sambungnya lagi, mula bangun dan berdiri megah)

Afzan: Yelah… sebelum Perancis ambik Cambodia…
(Masih aku tak layan si Sajat dan mata tertancap pada skrin komputer)

Sajat: Tau takpe… ko tau tak kat Cambodia tu masih ada lagi nama Siam… Siem Reap.. itu tanda Cambodia dulu milik kami…

Kali ni aku stop menaip, aku tenung mata Sajat dalam-dalam dan aku cakap…

Afzan: Ko tau ke maksud Siem Reap tu apa Sajat?

Sajat menggeleng kepala… Tapi cuba juga nak jawab… Siamlah… something something… katanya tak berbutir… nak con akulah tu.

Afzan: Sajat… Siem Reap tu.. maksudnya… BOLEH BLAH LAH SIAM! Namanya Siem Reap sebab Siam kalah perang dengan Khmer… Kena halau balik Siam… Faham?
(Sebenarnya aku guna perkataan yang lebih kasar 😉 Siem Reap tu maksudnya SIAM OUT atau KEKALAHAN SIAM, lebih kuranglah)

Sajat ternganga… kemudian bertanya,

Sajat: Betui ka? Ko silap kot…
(sambil duduk balik dan sambung kerja, kepala pun tak angkat). Kemudian Sajat sambung lagi…

Sajat: Can you pass me the scope of work please… we need to settle this tonight.

Eceh… cepat ko tukar topik yea Sajat… Sajat…. Sajat… budak-budak baru nak up pun nak jadi kaki klaim… 🙂

Malam itu berakhir agak lewat dengan deruan bunyi printer menderu-deru menyapa keheningan malam.

Ada pengajaran sebenarnya cerita ni. Tengoklah bangsa Tai ni, berabad jadi kaki klaim dan sebab inilah mereka dapat tanah sikit sikit, lama-lama satu segenting kra disapunya… Kita pulak? Tak habis-habis bergaduh dan bagi tanah kat orang… Emmm….

p/s: Gambar Sajat selepas kejadian.. semangat weh… muncung-muncung mulutnya buat kerja. Nasib baik aku simpan lagi gambar ni hahaha

Aku miss budak Sajat ni. Dia ni kaki diving. Baik dan peramah orangnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *