Artikel Umum Sejarah

Kota Tua Sawankhalok

Bukti arkeologi, termasuk dokumentasi dan prasasti membuktikan wujudnya penempatan di Sawankhalok Tua atau dikenali juga sebagai Si Satchanalai. Kawasan ini merupakan kawasan jajahan Dvaravati-Lavo hingga ke abad ke-12, sehinggalah Pho Khun Si Nao Nam Thom mengambil alih kuasa tanah ini bagi pihak kerajaan Khmer.

Seperti yang tertera dalam Inskripsi II, Sri Indraditya atau lebih dikenali sebagai Pho Kun Bang Klang Hao dan temannya Pho Kun Pha Muang Rat mengalahkan panglima Khmer lantas mengasaskan dinasti Phra Ruang, sebuah dinasti bangsa Tai pertama di benua Siam. Dengan itu, terhasillah kerajaan Sukhodaya atau Sukhothai, dengan Si Satchanalai berada di bawah naungannya.

Replika prasasti tulisan Putera Mahkota Maha Vajiravudh (Raja Rama IV) ketika beliau melawat Sawankhalok pada tahun 1907

Pada tahun 1371, kerajaan Ayutthaya semakin kuat dan berkuasa. Kerajaan Sukhothai kemudiannya tunduk kepada mereka pada tahun 1438. Walaupun begitu, raja dinasti Phra Ruang masih diberi kebenaran memerintah bumi Sukhothai. Pada tahun 1460, Phraya Chaliang, raja kecil di Si Satchanalai telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada raja kerajaan Lan Na (berpusat di Chiang Mai) iaitu Raja Tilokaraj. Ini membangkitkan kemarahan raja Ayutthaya.

Si Satchanalai hanya ditakluk kembali oleh Ayutthaya setelah Raja Tilokaraj meninggal dunia. Nama Si Satchanalai ditukar kepada Sawankhalok.

Kota ini ditinggalkan kosong pula pada tahun 1767 setelah kerajaan Konbaung dari Burma menjarah dan menakluk Ayutthaya.

Putera Mahkota Maha Vajiravudh (Raja Rama IV) bergambar dengan seramik Sawankhalok pada tahun 1902

Hanya pada tahun 1786 Sawankhalok dibuka kembali oleh Raja Rama I dari dinasti Chakri dan beliau mengubah penempatan asal ke daerah Sawankhalok yang ada pada hari ini.

Kini, nama Sawankhalok sudah ditukar kembali kepada Si Satchanalai dan ia bukanlah penempatan asal Sawankhalok yang bersejarah itu.

Pening tak? Layan je lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *