Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen

Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen: Part 1 (Okt 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku tak pernah menjejakkan kaki di Bumi Taiwan sebelum ini dan apabila ada keperluan untuk aku melawat Taipei atas urusan rasmi Bulan Oktober yang lepas, semestinya aku sudah berkira kira untuk mengambil ‘extended leave’.

Tanggal 13 Oktober 2015 aku berangkat ke Taiwan dan sesudah sampai di Taoyuan International Airport aku beli dahulu simkad lokal untuk kegunaan selama di Taipei. Urusan Imigresen agak lama juga kerana jumlah pelancong dari China yang tinggi.

Menanti bas Kuo Kuang di Taoyuan International Airport

Kemudian aku menaiki bas Kuo Kuang ke Taipei Main Station untuk check in di Ni Hao Hostel. Kalau ikutkan Waze patutnya dah sampai tapi aku berpusing-pusing di lorong yang sama. Akhirnya aku bertanya kepada seorang lelaki muda yang sedang menyapu sampah di depan rumahnya di celah lorong belakang Kota Taipei ini.

“I’ll walk you there” katanya, fasih berbahasa Inggeris.

Ni Hao Hostel. Ramai backpackers dari Asia Timur di sini

Brader ni pun bawalah aku ke Hostel Ni Hao ni… Rupa-rupanya hostel ni di dalam bangunan pencakar langit, patutlah aku tak jumpa di atas tanah… Adoiiii

Sebelum berbye bye, aku berkata “Thanks mate for your help”

Dia membalas “Oh, no problem. You are the third one this month!”

Lobi dan ruang makan hostel
Rapatnya katil… kentut pun boleh dengar

Perghh…. Sungguh tinggi budi bahasa dan santun orang Taipei ini. Boleh aje dia tunjuk dengan jari ke mana patut aku pergi untuk sampai ke hostel ni. Tapi, dia lakukan selangkah lebih baik, “I’ll walk you there”… Dan dia sudah melakukan public service ni 3 kali bulan ni jer… Hebat…

Sekitar Taipei Main Station

Tapi sebelum aku sampai ke Taipei Main Station, di dalam bas dari lapangan terbang tadi aku agak keliru sebenarnya di mana patut aku berhenti dan turun. Lalu aku bertanya kepada pemuda yang duduk di sebelah aku…

“Excuse me, I wanna go to Taipei Main Station… where should I stop?”

“I show you…” katanya mudah…

Apabila sampai aje di Taipei Main Station, terus pemuda tu picit loceng dan bas pun berhenti. Si pemuda turun sekali dengan aku, menerangkan kepada aku apa yang perlu aku buat untuk ke hostel dan setelah berbye bye dia menunggu semula di perhentian yang sama.

Aku berasa hairan dan lalu berpaling kembali dan bertanya…

“I’m sorry… Are you waiting for a bus or something?”

Dia pun berkata, “This is not my stop, I just show you where is your stop… My stop, 3 stops before this one”

Aku terpana dan terbata kerana pemuda ni bersusah payah hanya nak permudahkan urusan seorang lelaki yang dia tak kenal, seorang asing di bumi yang asing bagi dirinya.

Aku hanya mampu tersenyum dan dengan lemahnya berkata,

“Thanks mate, I appreciate this….” dan berlalu pergi.

Sungguh aku suka orang Taipei ni… Baru jer 3 jam aku sampai… Impressive!!!

Petang tu aku tak buat apa sangat tapi agak boring jugak duduk dalam hostel yang sempit ni sepanjang hari. Kerana dah tak tahan sangat aku pun gerak ke Shilin Night Market dengan menaiki MRT dari Taipei Main Station.

Aktiviti memancing di Shilin Night Market… hahaha

Tak lama kemudian aku pun sampai ke Shilin Night Market ni. Punyalah besar pasar malam ni dan penuh dengan umat. Kalau tak biasa dengan tempat ni memang sesatlah jawabnya.. Memang aku sesat pun…

Urut kepala dengan ketukan chopstick buluh… syiok oiii

Sebenarya pasar malam ni lebih kurang jer dengan pasar malam yang terdekat di Malaysia mahupun Thailand. Ada orang menjual makanan, jual cenderahati, tempat mengurut, jual pakaian dan macam macam lagilah… Jenama, kualiti dan rupa mungkin agak berlainan, tapi konsep jualannya sama jer.

Dah penat aku meronda, waktu untuk pulang dan esok aku perlu fokus untuk selesaikan kerja rasmi aku di New Taipei City.

Assalamualaikum Taipei! Hari Kedua pun bermula…

War bunker atas bukit menanti serangan China yang tak kunjung tiba…

Hari kedua aku habiskan masa berdiskusi di New Taipei City dan melawat lapangan di Taoyuan. Rakan Taiwan aku bernama Louie membawa aku melihat bunker perang di atas bukit, menghadap laut… Sedia menanti serangan mengejut Tentera China.

Pantai di Taoyuan ni memang indah tapi angin kencang sungguh

Aku juga sempat nersiar siar di Taoyuan Seaside Bikeway yang indah. Sepanjang pantai di Taoyuan ni, aku boleh lihat kincir angin moden yang menjadi sumber kuasa letrik dan juga beberapa stesen janakuasa berasaskan bahan bakar yang sudah tersedia ada atau pun masih di dalam pembinaan.

Kincir angin untuk menjana kuasa elektrik

Sepanjang pulang ke New Taipei City aku terlihat beberapa bangunan bersejarah seperti Taipei North Gate.

Taipei North Gate

Malam kedua aku di Taipei tak buat apa sangat cuma makan malam bersama rakan-rakan Taiwan aku.

Antara binaan menarik tika menghampiri New Taipei
Ada restoran halal di New Taipei… selamat…
Lupa dah namanya tapi semua halal….

Apa kupasan yang aku boleh buat pada hari pertama dan kedua aku di Taipei?

Taipei memang indah
Taipei memang bersih
Orang Taipei memang baik hati dan peramah

Stop dulu Part 1.. Dan Part 2 yang lebih exciting bermula pada hari ketiga aku di Taipei

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *