Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen

Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen: Part 2 (Okt 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Ketiga aku di Taipei pun menjelma. Awal-awal pagi aku dah bangun dan bersiap-siap untuk mengharungi hari yang panjang. Breakfast pun Maggie Cup Perisa Kari jer. Aku dah plan apa yang nak buat hari ni sejak 2 atau 3 hari yang lalu.

Suasana awal pagi sekitar Ximen Station
Ximending

Destinasi pertama pagi tu ialah Ximen Station dengan menaiki MRT. Red House Theatre yang terkenal terletak berdekatan jer dengan Ximen Station ni, iaitu di Kawasan Ximending. Teater ini telah dibina pada tahun 1908 oleh warga Jepun yang bernama Kondo Juro.

Red House Theatre

Asalnya tempat ni pasar jer tapi dah dijadikan teater sejak tahun 1945. Sebab masih awal lagi pagi tu, area ni memang tak ramai orang… kedai pun tak buka lagi

Longshan Temple

Kemudian aku menaiki MRT menuju ke Longshan Temple Station. Di situ ada… err… Longshan Temple… Kuil ini adalah salah satu kuil utama di Taipei.

Pelbagai herba dijemur dan dijual di Herbal Lane
Herbal Lane sebelum berjual beli

Di tepi kuil ini terletaknya Herbal Lane yang terkenal. Pelbagai rupa tumbuh-tumbuhan dan akar kayu boleh dilihat dan dibeli di kawasan ini.

Bopiliao Historical Block
Tak buka lagi…
Cantik pintu depannya…

Berhadapan dengan Herbal Lane ni pula ada Bopiliao Historical Block yang terkenal dengan arkitektur moden ketika Taipei menuju arus pemodenan yang pesat. Bopiliao ini sudah ada sejak tahun 1799 lagi dan kini kawasan ini telah diubahsuai menjadi pusat pembelajaran mengenai arkitektur, kebudayaan dan cara hidup masyarakat Taipei lama. Malangnya masa aku sampai sini, tempat ni tak buka lagi… Jadinya snap gambar dari luar jer lah.

Tugu kerbau dan petani di Fuzhong Station
Sekitar Fuzhong Station
Terasa macam di Chinatown… memang pun hehehe…
Terdapat juga rumah kedai yang diubahsuai menjadi kuil

Seusai di sini aku terus menyambung perjalananku ke Fuzhong Station untuk ke Lin Family Mansion And Garden. Laluan pejalan kaki dari Fuzhong Station ke Lin Mansion memang meriah dengan dekorasi tanglung yang mewarnai jalan raya dan bangunan sekeliling, ditambah pula oleh umat manusia yang bertebaran berjual-beli di sepanjang jalan. Memang meriah sekali, bagaikan pekan sehari. Tak terasa berjalan kaki dengan pemandangan yang menarik di sekitar.

Pintu masuk ke Lin Mansion yang bersejarah

Sedar tak sedar aku dah sampai di Lin Mansion. Malangnya tak buka lagi. Memang awal aku keluar pagi ni… Sementara menanti pintu pagar dibuka aku lihat kembali aturcara perjalanan aku sepanjng hari ini.

Ada peta…

Tiba-tiba aku terdengar suara wanita terjerit-jerit… Terjaga aku dari khusyukan membaca risalah di tangan serta melihat Google Map. Ah.. Rupanya pintu sudah dibuka, aku pun masuklah…

Antara binaan di Lin Mansion
Taman di tengah kota dan seni halus seperti ini… Menarik!

Lin Family Mansion and Garden ini sudah terbina dan terjaga rapi sejak tahun 1847 lagi. Taman yang terdapat di sini bolehlah dianggap sebagai taman tradisional Cina yang masih lengkap dan kini di bawah jagaan Kerajaan Taiwan. Namun begitu, aku dapat melihat pelbagai kerja pemuliharaan telah dijalankan berdasarkan keadaan bangunan di dalam taman ini.

Di hadapan Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall, menghadap Kota Taipei
Tu dia…. besarnya tugu Dr. Sun Yat Sen

Destinasi seterusnya ialah Sun Yat Sen Memorial Hall. Memang besar dewan ini dan pengunjung pun agak ramai. Hampir kesemuanya datang dari Tanah Besar China, Korea dan juga Taiwan sendiri. Dewan ini menceritakan tentang perjalanan hidup Dr. Sun Yat Sen dari kecil sehinggalah beliau membawa diri ke Taiwan dan membentuk Kerajaan Koumintang di sini.

Potret Dr. Sun Yat Sen
Antara koleksi yang dipaparkan

Memorial Hall ini memang besar sekali dan aku rasakan ianya sengaja dibuat sebegitu rupa untuk menggambarkan kehebatan Dr. Sun Yat Sen dan legasinya.

Luas stesen MRT Taipei ni
City Hall
Pencakar langit berhadapan dengan City Hall

Taipei 101 adalah salah satu destinasi yang wajib pergi jika anda berada di Taipei. Tetapi sebelum tiba di Taipei 101 ni, aku berjalan kaki melalui beberapa bengunan hebat seperti Taipei City Hall, Novel Hall, Taipei World Trade Centre dan sempat jugalah aku detour sebentar melawat Discovery Centre of Taipei.

Ni lah dia Teresa Teng
Antara bahan pameran di Discovery Centre
Suka aku tengok buku-buku ni

Kebetulan ada pameran mengenai Teresa Teng. Beliau boleh diibaratkan seperti Arwah Sharifah Aini Taiwan lah juga… Memang hebat Teresa Teng ni. Di Discovery Centre ini juga boleh kita pelajari tentang demografi Taipei dan penduduknya.

Dekat dah dengan Taipei 101
Boleh sewa basikal ni

Akhirnya… Tibalah aku di Taipei 101, bangunan pencakar langit yang berbentuk rebung buluh. Taipei 101 boleh dilawati oleh pengunjung luar, janji bayar entrance fee nya. Lifnya memang laju berdesup… Cepat jer sampai atas.. Tapi sebelum tu jenuh beratur la juga.

Taipei 101 dari kejauhan
Konsep macam KLCC pun ada rasanya… pusat beli-belah di bahagian bawah
Antara premis di bahagian bawah
Beratur nak naik lif ke tingkat atas, menara peninjau…

Pemandangan dari tingkat 89 memang menakjubkan. Sukar nak diterangkan dengan kata-kata akan keindahan Taipei ini. Lihat sajalah gambarnya yea..

Taipei dari tingkat 89
Macam lego…
Di sebelah Utara Taipei
Kelihatan Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall dari Taipei 101

Perjalanan hari ketiga masih jauh lagi. Banyak tempat yang nak disinggah terutamanya area Tamsui.

Kita stop dulu Part 2 ni dan watch out for Part 3 tak lama lagi.

Adios!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *