Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen

Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen: Part 3 (Okt 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cadangnya nak menaip Part 3 cepat-cepat tapi banyak pula aktiviti yang dibuat sejak dua menjak ni, terutama sekali Tour RJSSBL (Provinsi Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Bengkulu dan Lampung) bermula 20 Mei 2016 dan berakhir 4 Jun 2016 baru ni.

Sekarang baru ada masa, ‘kekuatan’ dan ‘keinginan’ nak teruskan… writer’s block lah sangat…

Hari tu, hari ketiga aku stop kat Menara 101 kan? Jadi kita sambung…

Pemandangan dari dalam MRT ketika menghampiri Maokong Station

Setelah puas menikmati pemandangan Bandaraya Taipei, aku teruskan perjalanan ke Daan MRT Station untuk ke Maokong Gondola. Nak ke sini mudah jer… Turun saja di Maokong MRT Station dan jalan kaki dalam 100 meter sampailah tempat nak naik kereta kabel ke Maokong.

Naik Gondola ke atas…
Sekali sekala kenalah berswafoto… Nanti orang tak percaya pula hehehe…

Nasib aku baik, queue tak lah panjang sangat. Kereta kabel yang aku naik tu berkongsi dengan 3 lagi warga Taiwan. Hari pun cerah, so nampak dengan jelas sekali Bandaraya Taipei yang sangat teratur dengan jaringan jalanraya dan lebuhraya yang besar dan trafik yang lancar. Menara 101 juga amat jelas kelihatan. Pengunjung juga boleh turun di pertengahan jalan untuk ke Zhinan Temple tapi aku terus jer ke atas.

Pemandangan ketika turun ke bawah

Tiba di Maokong Gondola Station aku ambil kesmpatan untuk berehat, buat apa yang patut dan menikmati makan tengahari iaitu… pisang… hahaha… Itu jer yang halal atas bukit tinggi tu.

Dah puas makan angin kat atas tu aku turun semula ke bawah dan berkongsi kereta kabel dengan 2 warga Australia dan 2 warga Taiwan yang amat peramah bertanya soalan itu dan ini.

Meriah area Tamsui Old Street ni
Cer teka… dia jual apa?

Dari Maokong Station kemudiannya aku terus ke Tamsui Station untuk ke Tamsui Old Street yang terkenal dengan gerai-gerai jualan di pesisir pantai dan juga pekan lama. Perjalanan agak panjang dan lama tapi nasib baik ada tempat duduk.

Ada kesan pulihara yang baik pada bangunan lama di Old Street ni
Performer di Tamsui Wharf
Gunung Guan Yin dari Tamsui Wharf

Di Tamsui, aku melawat Tamsui Old Street yang terkenal sebagai pekan lama dan kedai-kedainya yang beraneka ragam , melepas lelah di Tamsui Wharf sambil menikmati sunset dan alunan ombak yang menghempas batuan pantai, singgah sebentar di Tamsui Temple dan Red House, sebuah rumah batu ‘Victorian style’ yang dibina pada zaman Dinasti Qing (1895) dan pernah diduduki oleh orang orang penting di Tamsui. Kini ianya telah dijadikan sebuah restoran yang menarik.

Red House
Menyaksikan keindahan terik mentari petang dari Red House

George Lesley Mackay adalah nama seorang mubaligh Kristian yang cukup terkenal di sini. Beliau berasal dari Oxford (kini Ontario), Kanada dan tiba di Taiwan ketika pemerintahan Dinasti Qing.

Balai Polis Tamsui yang comel
George Lesley Mackay

Di Tamsui ini banyak bangunan yang dinamakan sempena nama Dr. Mackay seperti Dr. Mackay Hospital, Dr. Mackay Church, Dr. Mackay Statue dan Dr. Mackay Garden and House. Jangan terkejut kalau terjumpa Oxford University di Tamsui kerana ianya bersempena nama tempat kelahiran Dr. Mackay…. bukan Oxford yang tu…

Hospital lama Dr. Mackay

Antara tempat menarik lain yang boleh dilawati di Tamsui ialah Fort San Domingo, Tamsui Customs Wharf dan Tamsui Fishermen Wharf.

Binaan di Fort San Domingo
Lagi binaan di Fort San Domingo
Sejarah 9 Bendera

Gunung Guan Yin kelihatan amat jelas dan gagah dari Fort San Domingo kerana kota ini terletaknya di atas bukit. Fort San Domingo asalnya hanya dibuat daripada kayu oleh Orang Sepanyol pada tahun 1629 dan kemudian diambil alih secara paksa oleh Kolonialis Belanda pada tahun 1644… 3 tahun selepas mereka mengambil alih Melaka dari Portugis. Memang kuat Belanda masa ni yea… Lepas tu Pihak Belanda tukar struktur kayu ni kepada batu sampailah sekarang. Kini Fort San Domingo ni dah dijadikan muzium.

Gunung Guan Yin yang tegap indah

Selepas aku puas menikmati pemandangan dari Fort San Domingo ini, aku maju ke Tamsui Customs Wharf untuk berehat-rehat sambil melihat matahari terus terbenam.

Sunset di Tamsui Wharf dan selingan merdu ombak lesu menghempas batuan

Kemudian aku ke Tamsui Fishermen Wharf dengan menaiki bot dan tempat ini terkenal sebagai ‘Love Lane’ atau tempat pasangan bermadu kasih di tepian pantai. Takde apa yang aku nak buat di kawasan ini… Lagipun hari dah malam…

Tamsui Fishermen Wharf
Bot parking di Tamsui Fishermen Wharf
Ada kelihatan pasangan bermadu kasih di sini

Aku pun ambil teksi dan kembali ke Tamsui MRT Station sebelum menuju ke Yunus Halal Restaurant yang terletak berhadapan dengan Taipei Arena. Naik MRT, turun jer dekat Taipei Arena tu. Masakan nye… SubhanAllah… sedap… nikmat…. yea lah.. dah berapa hari makan tak ketahuan kan… Yunus Halal Restaurant ni ada review nya dalam Trip Advisor.

Restoran halal… sedapnya walaupun harga agak mahal… tapi ok lah…

Habis makan.. Aku pun pulang ke hostel.. Perut dah kenyang… Tunggu nak mandi dan buat apa yang patut sebelum tidur… Esok panjang cerita lagi…

Bersambung nanti di Part 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *