Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen

Ku Jejaki Taipei Dan Jiufen: Part 4 (Okt 2015)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali terakhir aku mencoret kisah di Taipei ini adalah pada bulan Jun yang lepas. Kemudian aku agak sibuk dengan persiapan hari raya dan juga persiapan mengembara di Indochina. Kini baru bersedia nak meneruskan penulisan dan menutup kisahku di Taipei. Kalau nak go thru Part 1, 2 dan 3, terpaksalah scroll nun jauh di bawah sana yea…

Suasana di sekitar Chiang Kai Shek Station
Chiang Kai Shek Station dari dalam

Hari keempat aku di Taipei dimulai dengan melawat Chiang Kai Shek Memorial Hall. Chiang Kai Shek merupakan tokoh yang amat terkenal di China dan Taiwan.

Pintu gerbang utama menuju ke Chiang Kai Shek Memorial Hall
Chiang Kai Shek Memorial Hall
Pak guard berkawal di dalam Memorial Hall

Beliau merupakan pemimpin penting Parti Koumintang dan pernah menjadi pemerintah tertinggi Republik China sebelum Parti Komunis yang diterajui oleh Mao Tse Dong mengambil alih kuasa.

National Theatre Terrace
National Concert Hall

Di kompleks ini juga terdapat National Theatre Terrace dan National Concert Hall.

National 228 Memorial Museum
Papantanda muzium

Kemudian aku ke National 228 Memorial Museum. Muzium ini mengisahkan tentang kebangkitan rakyat menentang Parti Koumintang di Taiwan pada tanggal 28 Februari 1947. Puluhan ribu rakyat telah terkorban dalam pembantaian ini.

Interior muzium
Pejuang yang terlibat
Mereka yang terkorban
Korban penentangan

Jika anda berminat dengan setem, boleh saja singgah di Postal Museum yang terletak berdekatan dengan National 228 Memorial Museum ini.

Postal Museum… tak masuk pun…
Pintu masuk National Museum of History (NMH)

Seusai di muzium 228, aku berjalan kaki menuju ke sebuah lagi muzium iaitu National Museum of History (NMH) yang bersebelahan dengan Taipei Botanical Garden.

Koleksi NMH
Interior NMH
Koleksi NMH
Koleksi NMH

NMH lebih besar dan koleksinya berasal dari Henan Museum di China. Banyak artifak seni dipamirkan dan ditambah dari masa ke semasa.

Muzium, muzium dan muzium… Tempat seterusnya pun muzium juga iaitu National Palace Museum (NPM) yang paling terkenal di Taiwan.

Menuju National Palace Museum (NPM)
Arca di luar NPM
Luasnya laman NPM

Aku dah pergi banyak muzium dan bolehlah aku katakan muzium ini adalah paling sibuk pernah aku lawati. Nak berjalan pun ada ketikanya perlu berasak-asak.

Ramai pelancong dari China yang ikut tour agency
Gambar akhir sebelum meninggalkan NPM

Jangan main-main dengan NPM ni sebab muzium ni adalah kembar kepada Palace Museum di Kota Larangan di Beijing. Ianya terpecah dua kerana perang saudara di antara Parti Koumintang dan CCP.

Seperti muzium-muzium yang lain koleksi yang ada di muzium ini adalah seperti tembaga, seramik, lukisan, tekstil, syiling lama dan sebagainya.

Shung Ye Museum of Formosan Aborigines

Berdekatan dengan NMH terdapat sebuah lagi muzium iaitu Shung Ye Museum of Formosan Aborigines. Bagi aku muzium ini adalah terbaik yang aku lawati sepanjang hari kerana budaya dan cara hidup orang asli ini memang berlainan dengan masyarakat cina di Taiwan.

Kebanyakan orang asli ini tinggal di kawasan pergunungan di Timur dan Selatan Taiwan. Susunatur muzium amat kemas sekali walaupun stafnya tidak begitu mesra rakyat. Mungkin masa tu dah nak tutup… penattt…

Sebelah malam aku ke Xingtian Temple yang terkenal dan juga berehat di Miramar Shopping Complex. Ferris Wheel di Miramar ini terletak di atas bumbung bangunan… Hebat.

Otw ke Miramar
Cantik ferris wheel nya….

Begitulah ceritanya perjalanan aku di hari keempat di Taipei. Dari pagi sampai ke petang… Muzium, muzium dan muzium… Hahaha… Tapi banyak yang aku dapat hari ni. Alhamdulillah, pengetahuan aku tentang sejarah silam Taiwan semakin bertambah. Bukan sahaja orangnya baik baik, sejarahnya juga hebat!

Bersambung di hari kelima…. InshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *