Artikel Umum Pengembaraan

Pengembara Dan Dunia Tanpa Tunai (Cashless Society)

Hari ni banyak juga posting mengenai cashless society sejak KJ meuar-uarkan terma cashless. Malangnya, ada very clever girl dah hijack berita ini. Katanya, dunia akan kembali kepada sistem barter. Aigoo!

Pertamanya, aku ni old school. Kalau mengembara atau melancong ke luar negara aku lebih suka bawa wang tunai yang sudah ditukar siap-siap dalam negara.

Yang keduanya, dunia cashless yang aku tahu hanyalah credit card dan debit card. Aku gunakan saja debit card jika perlu. Namun, nak bayar teksi, beli air tebu, entrance fee sana sini aku pakai cash sahaja. Kebanyakan tempat tak terima kad pun.

Ada ketikanya aku bawa jutaan rupiah lumayan sekali dalam traveling belt, dompet, daypack dan backpack. Sumpah… hati tak senang. Kalau aku ke 3 negara berlainan dalam satu perjalanan, aku dah tukar siap-siap tunai dalam 3 jenis mata wang. Aku memang tak suka tukar duit di luar negara atau pun keluar cash daripada kad debit ATM. Macam mana aku buat bajet? Kena rajin Google dan buat estimate lah. Ini kerja gila, aku tahu.

Tapi lepas aku hilang pasport, duit tunai berjuta-juta dan kad ATM di Paciran, Indonesia, aku mula terfikir untuk menyantuni dunia tanpa tunai ni.

Menariknya, teman aku, seorang traveler tegar baru-baru ini menjelajah bumi China dan banyak menggunakan platform WeChat Pay untuk membuat bayaran atas urusan mudah seharian.

Selain tidak perlu tunai di tangan, mungkin juga ketirisan tunai dalam urusan jual beli mata wang dengan pengurup wang dapat dielakkan.

Saya setuju dunia ini dikurangkan kebergantungannya terhadap tunai. Tak payah tunggu 2050, namun, perlu diperhalusi modus operandinya nanti, begitu juga dengan ‘nation controlled privacy issue’. Ini bukan level CTOS kontrol credit rating dah… Ini lebih besar lagi.

Akhir kata,

“Saya boleh hidup dalam dunia tanpa sempadan, saya boleh hidup dalam dunia tanpa tunai… tapi saya tak boleh hidup dalam dunia tanpa awak…” cia cia cia…

p/s: Gambar ehsan Google, bukan tangan aku tu, putih sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *