Artikel Umum Pengembaraan

Selamat Datang Cukai Pelancongan!

Cukai Pelancongan bakal dikenakan kepada pelancong luar DAN dalam negara bermula 1 Julai 2017. Pada firasat aku, ramai umat akan terlepas berita tak berapa nak merangsangkan ini. Salah satu sebabnya, melancong bukanlah aktiviti harian tegar seperti membeli beras dan gula. Atas sebab itu, ramai beranggapan cukai ini taklah terasa sangat.. sampailah nak check in nanti!

Perlu diingatkan, cukai ini adalah TAMBAHAN kepada cukai sedia ada seperti GST dan Service Charge. Kutipan cukai ini cadangannya akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur pelancongan dalam negara dan juga peruntukan untuk melindungi lokasi pelancongan alam semulajadi. Kita tengoklah nanti yea.

Adakah cukai baru ini bakal menjejaskan industri pelancongan? Pada hemat aku, mungkin tidak, ini kerana apabila melihat pada trend melancong rakyat kita ke luar negara, nampak seperti tiada susutnya, tidak seperti nilai ringgit yang gembira menyusut berbanding matawang asing. Namun, keluhan pasti akan kedengaran di meja receptionist nanti.

Berapa kadar cukainya?

Kadar cukai adalah seperti berikut;

1. 5 🌟 = RM50 bagi 1 malam
2. 4 🌟 = RM10 bagi 1 malam
3. 1 – 3 🌟 = RM5 bagi 1 malam
4. 1 – 3 Orkid = RM2.50 bagi 1 malam
5. Tidak dinilai = RM2.50 bagi 1 malam

Namun, jika premis anda tergolong dalam kumpulan ini, cukai ini DIKECUALIKAN;

1. Homestay dan Kampung Stay
2. Premis diurus institusi pendidikan
3. Premis untuk tujuan latihan
4. Institusi agama
5. Institusi kerajaan dan badan berkanun yang tidak digunakan untuk tujuan komersil
6. Premis yang kurang daripada 10 bilik

Begitulah ceriteranya, bak kata pepatah Inggeris yang nakal,

‘There are two things certain in life, death and tax…’

‘Ada dua perkara yang pasti dalam hidup, kematian dan cukai’

Bertabahlah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *