Ada sorang kawan lama wassap petang semalam ajak diskusi pasal status aku yang tak setuju dengan plan Tun M nak buat perusahaan otomobil ketiga negara. Katanya, ‘very not like me’ sebab dia tau aku idolised Tun M… dan ciri-ciri autocratic machiavellian beliau hahaha..
Aku cakap aku takde masalah dengan Tun M, tapi pendapat aku bukan unik pada aku seorang. 11 tahun aku habiskan masa kerja dengan projek nasional, kereta, motor. Kerja dengan projek nasional ni bangga (pride) dan patriotisme dia lain macam. Walaupun kita berkerja dengan entiti persendirian buat untung tapi seolah-olah ada tanggungjawab extra juga sebab bawa nama ‘nasional’ tu. Sebab tu lah, bila satu-satu projek kami siap, sekecil mana sekalipun, seronok dan bangga tu lain macam… walaupun takdak sapa yang nampak, faham atau peduli.
Aku ada cerita nak share kat korang… apa rasa dia buat projek nasional ni.
Dalam buku Doctor In The House ada diceritakan oleh Tun M jumpa dan tengok motor Kriss dekat Greece. Mesti Tun rasa bangga tengok mat saleh tinggi renjong naik motor kapcai tu. Impian beliau menakluk dunia jadi kenyataan, tengok jentera buatan anak tempatan dipacu megah di bumi Eropah. Sebaris ayat tu memang ‘made my day’ masa aku baca buku ni. Kalau tak penting untuk Tun, dia takkan tulis ayat sebaris tu.
Ni aku nak habaq, nak jual motor Kriss ke Greece korang kena khatam 13 file tebal nak mampus EEC (EU) dan ECE Regulations 92/61 dan lain-lain lagi. Bukan takat Regulations sahaja korang kena tau tetapi korang kena tau pasal pelbagai ‘Authority’ yang berselerak di Eropah. Authority mana ‘paling tak banyak songeh keluarkan ‘E Mark’. Maka, kaukena buat ‘homework’.
Ada 137 mechanical drawing baru kena keluar, dan projek ni dari kick-off sampai ‘approved by Authority’ ada 6 bulan sahaja. Korang nak develop mould sahaja dah ambik masa 3 bulan. Itu tak masuk benda-benda lain lagi, buat drawing, design correction, prototype, pilot, testing, negative list, document submission dan macam-macam makneka lagi. Kalau terlepas window 6 bulan ni, homologation seterusnya selepas 2 tahun, itu kata distributor kami di Greece dan dia bagi hint tak berminat nak buat kalau terlepas window yang satu ni. Projek ni projek laknat, no room for error (and errors still happened… huh). Sapa pun tak nak buat.
Takdak sapa nak buat, RnD kami baru setup tak berapa bulan, engineer dok ada 7 orang total tak salah aku. Last sekali, aku volunteer buat projek ni sorang-sorang sebab aku operasi software drafting CADAM daripada Jepun. Memang sua tengkuk punya benda. 7 orang bro… depa pun ada kerja lain. Kami RnD anak Melayu yang dicaci, diperli expatriat Kawasaki Jepun.
80% drawings aku yang buat, dokumentasi yang melemaskan tu aku sorang yang isi, aku yang drive semuanya. Hujung minggu, larut malam, tidur ofis… Ada satu kali tu, meeting start pukul 3, aku punya menyampah dengan expat jepun dan manager-manager tunjuk bijak ni, sengaja aku pergi toilet, berak dulu.. biar jepun-jepun Kawasaki tu tunggu aku pulak. Baru ada akai… bukan nak tolong pun.. peleceh lagi ada… Pendek cerita, Alhamdulillah, projek settle dan motor Kriss tu dibenarkan dijual di Greece dalam tahun yang sama. Kalau terlepas window ni entahlah apa yang jadi…
Masa aku buat projek ni, satu jer tekad aku dan team aku, kami nak buktikan jepun-jepun ni salah… walau korang tekan kami macam manapun, kami akan settlekan projek ni. Ko taknak bagi know-how transfer takpe… aku buat trial n error sampai jadi. Aku nak buktikan kami ni anak Melayu yang boleh berdikari.
Maka, jangan kata aku tak patriotik kalau aku tak setuju dengan projek kereta baru ni. Projek nasional ni bagus… tapi bukan yang kereta baru ini… maaf, ini pendapat aku, agree-to-disagree lah.
Bila bukak balik buku Doctor In The House ni… aku senyum sorang-sorang.. Penat lelah tu berbaloi, walaupun kita sorang jer yang tau, rasa dan ingat.
Bukan revenue yang aku ‘sumbangkan’ tu yang penting… tapi jasa kau untuk negara tu takde nilainya.