Ulasan Buku

Ulasan Buku #004 – Tuhan Maha Asyik

Ulasan Buku #004

Tajuk: Tuhan Maha Asyik
Penulis: Sujiwo Tejo & Dr. MN Kamba
Genre: Novel Filosofi
Rating: 4/5

Semakin banyak manusia mengonsepsikan Tuhan, maka akan semakin jauh Tuhan itu. Pasalnya, konsepsi ini tunduk kepada rekayasa alam pikiran kita

Demikianlah kata-kata Dr. MN Kamba mengulas serba ringkas tentang isi buku ini. Buya Kamba adalah pensyarah bidang tasawuf di salah sebuah universiti di Pulau Jawa.

Tajuk buku ini mungkin agak mengelirukan tetapi penulisan budayawan terkenal Sujiwo Tejo ini perlu dibaca secara santai dan menurut beliau buku ini tidak perlu dibahaskan secara mendalam. Ianya hanyalah sebuah medium untuk melatih diri agar berfikiran lebih kritis.

Buku ini menggambarkan konsep mengenal Tuhan secara holistik dan ianya disampaikan melalui suatu penceritaan falsafah yang mudah difahami (namun, tidak mudah untuk difahami buat mereka yang tidak terdedah dengan karya berbahasa Indonesia yang pekat)

Sering kali manusia menganggap kemahuannya sebagai kehendak Tuhan. Manusia pula sering kali tidak memahami kehendak Tuhan dan ianya mendatangkan keributan dalam kehidupan.

#afzanbookreview #bookreview #bookstagram #goodreads #goodreads_afzanyusuf #ulasanbuku #sujiwotejo #tuhanmahaasyik #afzanbookreview004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *