Ulasan Buku #005
Tajuk: Kedah Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara
Penulis: Wan Shamsudin Mohd Yusof
Genre: Sejarah
Rating: 5/5
Tok Wan merupakan pengkaji sejarah yang tidak asing lagi di Kedah. Sesiapa sahaja yang bersama dalam komuniti sejarah di negeri Kedah pasti mengenali beliau.
Buku sejarah tulisan beliau ini memberi gambaran besar penceritaan sejarah Kedah dan amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam mendalami sejarah negeri ini.
Penceritaan buku ini amat mudah tanpa rujukan akademik yang terlampau banyak.
Antara perbincangan ringkas namun padat dalam buku ini ialah;
– Salasilah Kesultanan Kedah
– Langkasuka dari pandangan penulis Kedah
– Latar belakang Cerita Terung Pipit
– Hubungan Kedah dengan Setol
– Hubungan Kedah dengan Patani
– Dan lain-lain lagi
Buku ini boleh didapati di pejabat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah di Muzium Negeri Kedah.
Jika anda bernasib baik, Tok Wan mungkin berada di pejabatnya.
Ogos 2017
#afzanbookreview #bookreview #bookstagram #goodreads #goodreads_afzanyusuf #ulasanbuku #tokwan #kedahdalamwarisansejarah #wanshamsudin #afzanbookreview005